on Monday, January 31, 2011

A Calculus Carol

(written by: Denis Gannon(1940-1991) sung to the tune of "Oh, Christmas Tree") 
 
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
How tough are both your branches.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
To pass what are my chances?
Derivatives I cannot take,
At integrals my fingers shake.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
How tough are both your branches.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
Your theorems I can't master.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
My Proofs are a disaster.
You pull a trick out of the air,
Or find a reason, God knows where.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
Your theorems I can't master.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
My limit I am reaching.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
For mercy I'm beseeching.
My grades do not approach a B,
They're just an epsilon from D.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
My limit I am reaching. 



THANX TO KEIM BAHRIN
MR.CHOT
on Tuesday, January 25, 2011
Assalamualaikum semua!!

Alhamdulillah pd sem kedua ni,tahun 2011 kita dpt meraikan birthday girls and boys..Kalo nk harapkan welfare sponsor birthday party, mohon maaf jela ye..ktrg leh bg hadiah je..hehe..

Ok, first of all post welfare kali ni kita nk cerita psl sape yg akn menyambut hari lahir pd bulan Januari..
Ha nk tau sape?? Jeng3.. check this out!

NOR SHAZLENNA BINTI PUTEH  15/1/1991

AMIRUL AIZAD BIN AHMAD FUAD           24/1/1991

ANIS JUWAIRIYAH EDRUS            24/1/1991

SAKEENAH BT. MOHD REZA         31/1/1990

Nampaknya kita ada seorang yg sudah menjangkau 21 tahun.. dan juga,kembar yg lain ibu bapa..hehe


Ok next, bulan Februari :

NUR SYAZANA BT. RASHID           16/2/1990

MAISARAH BINTI MUHAMAD GHAZALI                 20/2/1991

RABI'ATUL ADAWIYAH BT. LAN BAH DUN              22/2/1990

ANIS SURIZA BINTI ABDUL MANAP          24/2/1990

WAN NUR AQLILI BT. WAN MOHD RUZAI              26/2/1990

Bulan Feb ni ade sorg je adik yg lahir pd thn 1991 iaitu Maisarah..hehehe

Wishes : 
Selamat Hari Jadi! :)
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki :)
Semoga mendapat kejayaan di dunia dan akhirat :)
Semoga dikurniakan suami/isteri yg baik,soleh/solehah dan anak2 yg baik :)
Semoga  mendapat keberkatan sepanjang hidup :)

Sekian,terima kasih.

Sorry ringkas sgt sbb iium-community sgt ‘laju’.
                                                                                                                                                                ::Welfare::
on Sunday, January 23, 2011

BILA IBADAH HILANG MANISNYA
 SUMBER:DNT
Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah, baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagimana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam Ibadah. Firman Allah:

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku." (Adz-Dzaariyaat: 56)

Ibadah, baik yang wajib mahupun sunat, seharusnya dapat membawa seseorang merasa lebih nikmat dan indahdalam hidup ini. Setiap kali masuk ke dalam solat, hatinya merasa sungguh tenteram bersama Tuhannya. Apabila keluar daripada solat, hatinya selalu rindu untuk menghadap-Nya lagi. Tatkala kalam Ilahi dilantunkan, hatinya luluh sehingga mengalirlah butir-butir air daripada pelupuk matanya. Bahkan apabila bibirnya sendiri membaca Al-Quran, hatinya semakin teguh untuk melangkah dalam kehidupan. Itu belum bercerita tentang hal keadaan hamba yang begitu asyik merintih dan memohon Rahmat Tuhannya di balik tirai malam. Semuanya terasa begitu mententeramkan, sepatutnya.

Namun, adakah kita sentiasa merasakan segala keindahannya ketika kita sendiri melakukan ibadah-ibadah tersebut dan ibadah-ibadah lain juga? Sejahat-jahat manusia, pasti tetap merindukan ketenangan yang hanya boleh dikecap apabila dia kembali kepada tuhannya. Sebaik-baik manusia, pasti sesekali merasa malas untuk beribadah kerana hilang asyiknya. Persoalannya, bagaimana kemanisan tersebut boleh lenyap dan bagaimana kita boleh mengecap kemanisannya?

Persoalan khusyuk dalam solat adalah sebuah persoalan yang sangat utama dalam kehidupan. Apabila kita dapat mengecap nikmat khusyuk dalam ibadah terbaik tersebut, pastinya kita bakal memperoleh ketenangan yang luar biasa di luar solat. Kita akan belajar untuk khusyuk menyembah Allah dalam segenap aspek kehidupan. Saya pernah bertanya kepada seorang pensyarah, Dr. Ibrahim Shogar di UIAM Kuantan tentang bagaimana untuk khusyuk. Katanya "It is very difficult for you to achieve khusyuk at this age of yours (20-an) when you have so much to think and to achieve. What you have to do is keep trying". Memikirkan kembali kata-katanya, ada betulnya. Namun, sudahkah we keep trying?

Ke Mana Hilangnya Kemanisan Tersebut?

Saya ingin menyebut tentang khusyuk yang lebih umum dalam segenap bentuk Ibadah. Kecerahan siang itu semakin kelam kerana bertandangnya malam. Kedinginan malam semakin hilang apabila terbitnya mentari yang memanaskan. Cerahnya siang itu berbeza sama sekali dengan gelapnya malam. Begitu juga Ibadah, manisnya hilang bersama nikmatnya maksiat. Nikmat maksiat menenggelamkan rasa manisnya Ibadah.

Maksiat. Perbuatan curang seorang hamba terhadap Tuhannya. Tak mungkin maksiat dilakukan kerana Allah kerana ia sememangnya adalah sebuah larangan. Apabila ia dilakukan ganti berganti dengan ibadah, pastilah manis ibadah yang menjadi korban kerana tarikan dan nikmatnya maksiat itu lebih kuat. Khusyuknya solat hilang bersama pandangan syahwat yang dilayangkan pada lawan jenis yang bukan mahram. Indahnya kalam Ilahi tak terasa apabila jiwa sentiasa dipenuhi kata-kata cinta makhluk-Nya, apatah lagi yang belum halal. Malam terasa begitu sejuk untuk bertahajjud kerana tidurnya dalam murka setelah bermaksiat.

Apabila hati tercemar sedikit demi sedikit dengan maksiat, nikmat ibadahpun hilang. Lama-kelamaan, ibadah itu sendiri ditinggalkan. Bertambahlah maksiat kerana meninggalkan suruhan-Nya. Maksiat itu pasti meninggalkan bekas dalam hati. Sekalipun kita telah berhenti melakukannya, tetap juga kesannya terasa sangat dahsyat. Kesan-kesan dan bekas-bekas yang ditinggalkan inilah yang menyebabkan hati kita sentiasa meronta-ronta untuk kembali melakukannya. kesan-kesan dan bekas-bekas ini juga yang menjadi hijab kepada rasa nikmatnya beribadah. Paku yang tertancap di tiang boleh dicabut, namun lubang dan kesan karatnya tetap tinggal berbekas.

Kembalikan Kemanisannya

Kembalikan rasa nikmat beribadah itu secepat mungkin, sebelum nikmatnya maksiat itu menghalang kita untuk terus beribadah dan mungkin akan terus berpaling daripada Allah. Ketika itu, kita akan menjadi hamba yang rugi serugi-ruginya. Ketika kita berpaling, maka Allah tidak pernah rugi. Lebih malang jika Dia terus membiarkan kita tersesat tak jumpa jalan kembali.

Jujurlah dalam menilai dirimu. Akuilah segala maksiat yang telah kita lakukan. Tak perlu diceritakan kepada orang lain. Cukuplah kita mengingatkan hati agar membenci segala kemaksiatan dan berusaha untuk mengembalikan kemanisan ibadah. Setelah kita dapat mengenalpasti kecurangan kita, berusahalah untuk meninggalkannya dengan bersungguh-sungguh. Berdoalah agar Allah membantu kita untuk terus taat kepada-Nya. Rasulullah mengajarkan doa selepas solat dalam sebuah hadith:

Daripada Muaz bin Jabal RA, beliau berkata: Rasullullah SAW mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu berkata: "Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau." Muaz berkata: "Aku sanggup menebus diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasullullah SAW; dan demi Allah, aku juga mengasihi engkau." Maka Rasullullah SAW berkata: "Aku berwasiat kepada kamu janganlah kamu meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk mengatakan: "Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu"."
( Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i )

Doa yang diajarkan baginda ringkas namun membawa maksud mendalam daripada sudut pengharapan seorang hamba kepada Tuhannya. Mengharap agar Allah tidak membiarkan kita terkapai-kapai dalam menempuh perjalanan menuju-Nya, dalam melakukan ibadah, berzikir dan bersyukur kepada-Nya. Sungguh indah doa ini, marilah kita sama-sama amalkannya. Berikut lafaznya dalam bahasa Arab:

اللّهمّ أعنّي على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
Allahumma A'innii 'Alaa Dzikrika Wa Syukrika Wa Husni 'Ibaadatika

Apabila laungan takbir tak mampu lagi mengetuk pintu hati dan kalam Ilahi tak bisa melembutkannya, zikrullah tak terasa manisnya dan hidup tak terasa bersama-Nya, pasti ada terselit dosa yang terang mahupun sembunyi.

Wahai manusia, yang akupun termasuk di dalamnya, tinggalkanlah kemaksiatan, perbaikilah ibadahmu dan sabarlah dalam mengerjakannya. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan carilah jalan kembali. Untuk itu, kita perlu bermujahadah melawan hawa nafsu agar Allah memberikan jalan keluar.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada merekajalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al-'Ankabuut: 69)

Surga itu dihiasi dengan perkara-perkara yang dibenci sedangkan neraka dihiasi dengan hal-hal yang disukai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahua'lam.
.:RUJUKAN:.
www.paksi.net

Doa ketika masuk dewan peperiksaan
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Doa Menerima Kertas Soalan
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Doa ketika sukar menjawab soalan
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Doa Jika Anda Terlupa Jawapan
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"

-salam kejayaan untuk anda-

~DnT~




on Saturday, January 22, 2011
Hai semua! Pada kali ini, kami, unit Terjah! membawakan anda satu lagi personaliti menarik dalam batch kita ni. Komen-komen luar tentang orang ni;
“... Aku banyak gila gelak bila duduk dengan dia.”
“... Dia cubit bisa kot!”
“... Suara dia nyaring! Especially waktu main Snap hari tu.”
“... Suka buat lawak yang sebenarnya dia tak de niat pun nak buat.”

Presenting...
PAH!



Nama penuh: Shariffah Nurul Atikah bte Syed Zin
         Nama panggilan:
            Kawan: Pah, Kak Pah
            Keluarga: Akak
            Saudara: Kak Tik
Asal: Sg. Isap, Kuantan
Tarikh lahir: 30 Oktober 1990
Sekolah: SBP Integrasi Kuantan
Keluarga: Ibu bapa, empat orang adik-beradik (yang ke-3); 2 orang kakak, seorang adik lelaki
Hobi: Membaca. Dulu suka berbasikal sebab dapat angin (?) tapi sekarang dah jarang-jarang
Makanan kegemaran: Benda-benda masam (cth: jeruk; asam; colek)
Minuman kegemaran: teh O, tak suka air mangga
Warna kegemaran: Hijau
Kereta idaman: Tak kisah, asalkan Honda. Nak yang paling comel. Nak *Keisuke Honda boleh? :P
Keturunan: (Syed & Sharifah)
            Sebelah ayah: Al-Yahya
            Sebelah ibu: Al-Habsyi
Laman web yang sering dilayari: Blog The Other Khairul
Hero!: Rasulullah SAW







Trivia!
·        Sangat suka minyak cap Kapak tapi tak ngam dengannya. Kalau beli je, mesti ada sesuatu yang buruk akan berlaku pada minyak Cap Kapak tersebut.
·        Tak minat bersukan tapi suka tonton sukan
·        Kat kelas nampak fokus, tapi sebenarnya fikiran menerawang (tak selalu ye :P)
·        Tak boleh hidup tanpa jam tangannya. Sentiasa nak tengok masa
·        Belum ada lesen memandu tapi dah target nak dapatkannya cuti semester nanti
·        Makanan yang sentiasa ada dalam simpanan: teh (sebab suka) dan biskut (sebab tak habis-habis :P)
·        Mempunyai tindakan refleks yang sangat tinggi
·        Seorang yang kemas. Tak boleh buat sesuatu selagi ada benda yang tak kemas di sekelilingnya
·        Tak makan sayur
·        Akan mencari sesuatu yang boleh dibaca kalau rasa tak boleh tidur (berbalik pada hobi tadi)

Antara bulan, bintang dan matahari, yang mana menjadi pilihan hati?
Satelit. Sebab dia kelip-kelip dan bergerak. Tak statik kat satu tempat je. (Tak menjawab soalan langsung budak ni -_-”)

Antara emas dan duit? (Soalan Dr Rain waktu kelas MGT dulu :P)
Duit! Sebab duit kita nampak. Kalau emas tak nampak. Maksudnya, kita tak boleh bayar sesuatu guna emas.

Kalau boleh main alat muzik, nak main apa?
Teringin nak belajar main drum. Macam syok je sebab boleh
1.      ketuk-ketuk
2.      angguk-angguk kepala (feel the beat!)
3.      gerak-gerak kaki
4.      pusing-pusing stik drum

Lagu kegemaran?
All-time favourite:
Bayangan Gurauan - Mega
Fall For You - Secondhand Serenade
Terbaru:
Chajatta/Found You – JYJ (Sungkyung Kwan Scandal OST)

Rancangan TV yang disukai (baru-baru ini)?
Glee.

Cara menghilangkan stress/tension?
Berdiam diri → tenang

Perkara yang tak logik tapi nak sangat buat?
Berborak dengan abang-abang **DBSK dan ***Super Junior menggunakan bahasa Melayu.

Calon suami: UIA/ luar?
Tak kisah mana-mana pun. Yang penting berpelajaran :D

Apa yang akan jadi pada diri anda 10 tahun dari sekarang?
Kerja tak jelas, tapi yang penting, by that time anak dah tiga orang.

Kata-kata semangat untuk batch CTS101!
Suka ayat yang kita belajar waktu UNGS 2040K, “If you think education is expensive, try ignorance.”


* Keisuke Honda: Pemain bola sepak Jepun
** DBSK: Sekumpulan penyanyi lelaki yang berasal dari Korea
***Super Junior: Sekumpulan penyanyi lelaki yang berasal dari Korea.

P/S: Ayat-ayat yang tertera di sini telah diubah mengikut kesesuaian :)

By:
Ida
VT
Shin.
on Monday, January 17, 2011
Assalamualaikum pembuka bicara. Segmen yang paling dinantikan kembali lagi. Kali ini, seorang sister pula yang diterjah. Jom, kita terjah!

Personaliti pilihan ini, merupakan anak kelahiran Kuantan, Pahang, yang bernama Nurul Fatehah Binti Mohd Lotpi. Perjalanan hidup dimulakan pada 8 Oktober 1990, diisi dengan bermacam-macam aktiviti pada waktu lapang. Usah ditanyakan cita-citanya, kerana soalan ini cukup sukar untuk dijawab oleh Fatehah tetapi cukup dengan impian untuk redhaa dengan kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Fatehah pemalu orangnya.


Fatehah yang amat menggemari nasi goring emaknya dan fresh orange ini, tidak pernah terfikir akan ciri-ciri lelaki yang menjadi idamannya. Cukup dengan berpegang pada firman Allah, “ lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”. Kereta yang menjadi pilihan Fatehah kelak ialah Honda City yang bersertakan pemandu atau kereta tempatan, Proton Persona ( Belilah barangan buatan Malaysia ).

Kenangan manis bersama warga CTS? Fatehah tidak dapat melupakan saat di mana rakan-rakan seperjuangan hadir beramai-ramai ke rumahnya, selain gembira menghayati  kelas Jesni, Prof. Razak dan Sir Pah. Namun, PBL dikatakan sebagai kenangan pahit bagi Fatehah yang lebih menyukai pembelajaran di dalam kelas bersama lecturer. Fatihah juga paling tidak suka menyukai seseorang yang sudah tahu akan sesuatu hukum, tetapi masih berbuat tidak tahu.

Role model pilihan Fatehah katanya “ the most perfect person in the world ”, tentu sekali Rasul junjungan kita, Nabi Muhammmad s.a.w. Ditanyakan mengenai kelebihan dirinya, Fatehah menyatakan bahawa dia adalah seorang yang tidak mempedulikan kata orang lain. Kekurangan diri yang ingin diubah adalah tidak rajin untuk membuat latihan-latihan di dalam buku. Motto hidup dan pendirian yang menjadi pegangan Fatehah ialah “ observe and learn “. Apabila diminta berkongsi rahsia sentiasa aktif dan cemerlang dalam pelajaran, Fatehah yang merendah diri meyatakan:
1) Fokus di dalam kelas. 2) Ambil 5 minit masa berehat. 3) Makan ( “ your brain need it”, katanya )

Jika Fatehah diberi peluang menjadi Perdana Menteri untuk satu hari, Fatehah ingin memberikan keperluan kepada orang-orang yang miskin. Akhir sekali, ucapan Fatehah kepada warga CTS:
“  Together..We make the world a better place..” ( InsyaAllah Fatehah )

Tamat sudah segmen “ Terjah “ untuk kali ini. Kami, krew “ Terjah ” ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fatehah yang sudi diterjah. Selamat maju jaya kepada Fatehah dalam perjuangannya.

Who is next? Watch out people! 

on Friday, January 14, 2011
Assalamualaikum semua!! 

Apa khabar??sihat?? Harap2 sihat2 la semua ye..kepada sape2 yang tak berapa nak sihat tu tau tak kenapa??haaaaaa..kami rasa la...mungkin sebab belajar banyak sangat kot...hehehehe kita sebagai student ni kena ingat yang kesihatan itu penting..bak kata wonderpets, "apa yg penting??"jawab nye kesihatan...hahaha..wonderpets jangan marah ye...kui3 hehe .sebab kalau kita sakit macam mana kita nak belajar kan..heeeee.. :p

so, disamping belajar, sama2 lah kita menjaga kesihatan yer..macam mane tu?? ce ceghita ce ceghita...

.......meh nak ceghita..salah satu caranya adalah dengan bersukan. bukan la nak suruh bersukan berat2 pon..just jogging 3 kali seminggu ke..cukup la tu..kan kan??taman bandar tu dekat jer..bagi yg tinggal kt dalam uia la. so rajin2 kan lah diri ke sana yer..drpd duduk bergolek2 atas katil tiap2 petang tu (xelok tido petang...!) baek la kita beriadah kan??hehe..

hmmm kalau rase nak naek basikal pon boleh. ada perkhidmatan sewa basikal tau kt sini..ni nak ceghita la bg sape yg x tau lagi..kalau nak nombor telefon sewa basikal tu nanti mintak dengan kitorg ye..murah jer..50 sen tuk setengah jam..ape la sgt kan...kan...kan.....

haaaa!!cakap pasal main2 ni, ni nak inform kat semua warga CTS101 bahawa minggu depan, 17/01/11, bermula lah interkuliyah games. antara games yg ada ialah

                                                         bola sepak,



bola jaring, 



badminton, 


lagi..!! bola keranjang, bola tampar, futsal, dan lain2...jadi kepada sape2 yg mewakili sciencess tu kami ucapkan gudluck yer..main elok2, tonjolkan kerjasama antara kumpulan, main secara profesional dan bersedialah dengan apa jua keputusan..ingat!! kalah menang adat permainan.hehe..kepada sape2 yg x mewakili sciencess untuk ape2 games, datanglah untuk menyokong kami ye.sokongan anda amat diperlukan.:) majulah sukan untuk UIA!!

haa tengok!!org pakai kaki palsu pon jogging tau..heee


basikal pon best jugak..boleh rempit..hehehe
contohi mereka ni...cycling dr Gombak ke Kuantan...perrgghh ahh



dikarang oleh  : maisarah 
disunting oleh : na'ieyma
ajk biro sukan dan rekreasi  m(*('I')*)m
on Thursday, January 6, 2011
Assalamuaikum :)

Alhamdulilah, hampir sebulan sudah mengharungi semester 2 di UIA, Kuantan. And diharapkan semua pelajar dah dapat adapt dengan environment sekarang. Err, bagi yang masih dalam mood cuti yang heaven tu, bersiap-sedia la untuk change mode anda ke mood study ye? :) Sedar tak sedar lagi 3 minggu je lagi kita semua bakal menghadapi Midterm kan. -_- So, masih belum terlambat lagi untuk cover semua and bukannya masuk dalam peringkat last minutes untuk study lagi. Ok, cukup ini sebagai introduction yang sangat skema.

Let's talk about PBL and get back to the topic. Bagi students CTS101 sekalian, PBL memang dah cukup sinonim dengan kita sekarang kan? Rasanya mostly dah tahu kan apa itu PBL yang telah diperkenalkan oleh Professor Torla kesayangan kita semua. :)

PBL:  best defined as instruction relating questions and technology relative to the students' everyday lives to classroom projects. Students form their own investigation of their own group which allows students to develop valuable research skills. The students engage in design, problem solving, decision making, and investigative activities. It allows students to work in groups or by themselves and allows them to come up with ideas and realistic solutions or presentations. Students take a problem and apply it to a real life situation with these projects. (Nah! Inilah definition sebenar PBL tu. )






Taking about PBL from my own perspective memang rasa macam : why patut ada sistem belajar macam ni? Best la lecturer tak payah masuk kelas belajar pun. Kalau macam ni nak jadi lecturer la, sure boleh goyang kaki senang-senang je! Boleh survive ke belajar sendiri tanpa ada lecturer untuk the whole sem tu? Oh, I'm dead! Finish. Seriously, awal-awal dah cuak. Tapi sekarang?


Alhamdulilah, syukur dah boleh adapt and slowly merangkak keluar dari perasaan dilema, cuak and tak yakin dengan diri tu.


 So, macam mana rakan-rakan sekalian? Dah boleh adapt dengan sistam PBL ni ke? Rasanya mostly semua group macam semangat buat PBL kan? Yela, bila jumpa je kawan-kawan yang tergesa-gesa jalan tu, bila tegur, "Eh, nak pergi mana tu?', terkejut kot bila dengar " Owh, ada PBL dekat surau ni." And ada je, bila plan satu aktiviti dengan kawan time WEEKEND, "Eh, tak boleh la, aku risau ada PBL weekend ni, nak habiskan subtopic ......" . Haaa, see, seolah-olah macam semangat berPBL  tu dah semakin menular dalam diri kita semua kan?. InsyaAllah. :)


Sebenarnya, cuba korang fikir balik apa yang korang dapat bila sistem PBL ni diperkenalkan kepada kita semua untuk semester ini? Sebenarnya banyak kebaikan dari keburukan kalau kita fikir dari sudut positif sesuatu benda tu. 


1-Dari dulu pergi kelas mengharapkan lecturer semua spoon-feeding, untuk minta diajar, so, tak payah nak prepare apa-apa sebab dah tahu yang lecturer akan "suap" kita semua bagi "makan" je. Tapi, keadaan tu dah berubah kan sekarang? Before nak pergi kelas buat PBL, seriously kena study sendiri. Memang boleh je tak study, tapi apa perasaan korang bila tengok rakan-rakan dalam group tu dah study lebih? Bila ada yang berbincang-bincang pasal benda yang korang tak tau? haaa. tipu la kalau tak rasa lost langsung kan? -__-.


2-PBL ajar korang, kita semua untuk berdisplin dengan diri sendiri. Susah la kalau sesama group tak ada displin kan? Kena belajar panctual. Okay, memang la time lecturer ada mengajar, kita kena panctual juga, kalau tak, ntah-ntah kena belajar kat luar. Tapi untuk belajar sesama group members kita ni, kena ada panctual tu. Macam mana kita nak direspect oleh group members kalau kita tak respect dengan time yang didecidekan kan? Silap-silap, ada yang kejam, suruh korang keluar dari group diorang. (rasanya tak ada kan? )


3-Last, but not least, ajar korang untuk independent. Benda ni tak boleh dipertikaikan. Yela, macam mana korang nak belajar, kalau korang tak boleh independent  lagi so far. Lecturer dah tak ada untuk nak ajar, just monitor dari jauh je. Korang tak boleh nak depend kat group sendiri. It's not about your lecturer , not even your group. That's nothing to do with them. But it's all depend on you. Kalau korang berusaha, korang yang dapat. Dah tak boleh salahkan lecturer atau orang lain untuk hal ni. Bear it in your mind, friends.






Err, okay, cukup la 3 untuk kali ni. Others, you name it by your own. :)


But, ada satu yang nak kongsi. Bila sembang-sembang dengan senior-senior tentang PBL ni, yup, sometimes  PBL can be Hell and sometimes can be Heaven and it's depend on yourself. Jangan terkejut kalau midterm ni ada ramai je yang fail. ( itu kata senior lepas). Tu semua sebab korang tak dapat adapt dengan sistem PBL lagi and manfaatkannya sebaik mungkin di awal sem. And, jangan terkejut pula bila final nanti, ramai je yang dapat result bagus, setakat A solid tu ramai je dapat and pass happily with flying colour. (ni pun senior cakap). Ni sebab semua korang dah dapat manfaatkan PBL tu. :) So, Hell and Heaven, kita yang choose kan? :)


Last question, nak repeat apa yang Jesni cakap dalam kelas, kenapa korang pilih CTS? Apa yang korang nampak dari CTS ni? Kenapa tak pilih kos kulinari ke? Boleh belajar buat kek. Nampak je kan? Boleh makan lagi. Tapi kenapa pilih CTS (Math)? Fikir eh? :)


p/s: Diharapkan semua group dapat sediakan semua jawapan untuk soalan Linear Algebra and Calculus pada 12 hb Januari ni. Kita tolong orang, insya Allah akan tolong kita juga. :)


-Anis  :)
on Wednesday, January 5, 2011
this post supposed to be a report...and a report MUST be nerdy...but who cares....heheh....
OK2...our first event as a family was the interaction day rite? It was the first time one year program n two year program lepak skali officially...we had it in two phase....
phase 1 : iftar at Wackoss (walaupun ade je yang x posa en?)
waktu iftar tu ada gak solat hajat, yasin, mkn suap2, n briefing by head com n asst head com..sdap siot mknan mlm 2...nasi & kurma ayam rsenye.....rsenye la....hahahha

sory la gmbaw sister x de....kehkeh

phase 2: outdoor activity at taman bandar...(conducted by sport rec)
yg kat taman bandar lak ada gak aktiviti2 yg buat sume tringat waktu zaman budak2 dlu.....
da abih da....



spe pling tua ni?


 lastly....thanx to all batch member yg participated in interaction day.....we hope this sem ada lagi interaction day and kali ni bawak laa pegi jaoh sket...busan ouh maen dkat2 ni je......kehkeh...akif n amal take note oke....hahahhah

maw gambaw lg usha la kt fb cts101

pub info cts 101
on Tuesday, January 4, 2011

Assalamualaikum orang kampung! Jom kita update pasal raya gathering which had been organized on 24th September in front of Wackos at Kuliyyah of Science. First and foremost, jom kita lihat gambar di sebalik tabir;

anak dara rajin :)

anak teruna pon not bad laa :P

Pada malam itu, kami telah ber'candle light dinner' beramai ramai termasuk lah dengan para lecturer yang sudi menghadirkan diri. Terima kasih ;) 

setup by sisters :)

 sopan je duduk bersimpuh :D

Kami telah melantak makanan sebanyak yang mungkin. Makanan yang disediakan sangat superb! Especially sate yang dibawa khas oleh senior kesayangan. 

sesi memilih makanan ;)

senior yang sporting!

ok muka tak sedia :D

Oh tidak lupa juga, malam itu pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya acara meneka kuih raya dan pertandingan Jangan Lupa Lirik ! (lagu raya). Pengacara majlis pada malam itu adalah Farahin dan Yasmeen. Manakala aktiviti pula dikendalikan oleh senior kita; Nabil dan juga Kak Aishah. 

peserta Jangan Lupa Lirik ;)

Maaf lah kami kekurangan gambar semasa game lain. sebab time tu tengah kusyuk makan. hahaha. Ok next acara ber camwhore beramai ramai. Dan sekali lagi kami minta maaf kerana kekurangan gambar brothers. I'll let the pictures do the talk so that I tak merepek banyak.

kami ;)

budak budak :D

Thats all I guess. Tahun depan jom buat lagi ! Lagi grand lagi best. Maaf atas segala kekurangan dalam post ni. Jika tidak terlalu lambat, Selamat Hari Raya ! :)