on Saturday, May 12, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Kat sini saya just nak kongsi sedikit info yang dapat time gi Inspem tu kepada rakan-rakan yang tak dapat gi. Moga dapat diambil manfaat bersama ye :) Kalau sapa-sapa yang rasa ada salah atau nak tambah kat mana-mana, bagitahulah. Nanti saya edit :)

***
First, at UPM.

Prof. Dr. Kamel Ariffin, Director of INSPEM
Semua tajuk talk ni pasal Master punya program kat UPM. Disebabkan kita mintak diorang cerita pasal kita punya major, so diorang try la masuk sikit-sikit secara general. INSPEM is directed by Prof. Kamel Ariffin
First talk pasal Statistics & Operational Researches Laboratory. Antara programmes yang terdapat bawah Lab ni:
1. Modelling & Computational Statistics
2. Reliability Analysis
3. Computational & Operational Research
The talk was given by Dr. Mahendran.
Some of job areas untuk statisticians:
1. Bank
2. Aktuari
3. Pemasaran
4. Meteorologi
5. Perangkaan
6. University, sekolah (jadi cikgu)
7. Insurans
8. Penganalisis data
9. Pemeriksaan kawalan kualiti
Nak masuk amik Master Statistics kat UPM tak memerlukan prerequisite in programming. Takde pun tak pe, sebab nanti tengah amik Master akan belajar jugak benda ni. Programming is needed klu nak Master in Statisitcs, tapi bukan prerequisite la.

Atikah asking question to Dr. Hishamuddin

Next talk, Mathematical Physics & Computational Sciences. Given by Dr. Hishamuddin. Antara programmes yang ada bawah Lab ni:

  1. Computational Mathematics & Scientific Computing
  2. Mathematical Physics & Engineering
  3. High Performance Computing Services Section

Talk ni kirenye mewakili Majoring in Optics la. Antara subjek yang ada dalam program ni:

  1. Numerical Analysis
  2. Wave Propagation
  3. Fluid Dynamics
  4. Mathematical & Computational Physics
  5. Mathematical & Computational Biology
Dr. Hishamuddin also explained on some applications/areas of optics:

  • Agriculture. UPM telah berjaya mereka device/software (sorry tak sure) untuk detect tahap 'masak' buah kelapa sawit
  • Microwave
  • Elcetromagnetic
  • Spectroscopy
  • Hyperbolic geometry - model of the universe, quantum devices, complex networks
He also said that, tempat carik kerja untuk Mathematicians is at MIMOS :)


Then at Cryptography lab, talk diberikan oleh Dr. Rezal Kamel Ariffin.

Dr. Rezal Kamel Ariffin, son of the Director of INSPEM
Cryptoglogy ni ada 2 cabang. Cryptography and Cryptoanalysis. Cryptography kejenya encrypting, manakala Cryptoanalysis menganalisis encryption and decryption. Beliau cakap, setakat ni ada 5 orang je dalam makmal kripto dia kat UPM, dan dia memerlukan lebih ramai lagi kriptologis-kriptologis diluar sana. Sebab kriptografi ni kerja dia berterusan. Kalau sorang dapat reka satu coding, yang lain akan testing untuk attack coding tu samada bleh dipecahkan atau tidak. So bila sorang rest, yang lain kena teruskan kerja. Dinding lab kryptologi tu penuh dengan whiteboard je.

Beliau berkata lagi, kalau ikutkan Malaysia ni tak selamat. Sebab military kita punya coding pun guna Israel punya. So sah-sah la Israel ada kunci untuk pecahkan. Dia cerita lagi, US/Israel ni sebenarnya ada teknologi/ilmu lebih canggih dalam kriptologi, tapi dia tak nak share ngan negara lain. Ada kawan beliau yang gi US untuk blaja kriptologi ni (or something like that) tapi orang-orang kat sana tak bagi dia masuk.

Further, he explained about macammana kita encrypt sekarang guna kunci yang sama i.e. kita ada kunci dan mangga, kunci yang digunakan untuk mengunci mangga tersebut ialah kunci yang sama digunakan untuk membuka mangga. Tapi lagi satu teknik yang lebih selamat ialah menggunakan satu kunci untuk mengunci, tetapi menggunakan kunci lain untuk membuka kunci tu. Setakat ni just ada 3 cara penguncian guna kunci lain ni, dan salah satunya ialah RSA.

Apabila ditanya, adakah perlu ambik spesifik major untuk ambil Master in Cryptology ni? Beliau menjawab, ambik la major apa pun, dulu saya amik Pure Math whatever, dekat sini (UPM) you belajar satu sem je. Sem-sem seterusnya, buat kerja i.e. reka and pecahkan coding (maybe).

Goodies dari UPM
***
Next, at PERSAMA or Persatuan Sains dan Matematik at UKM. Led by Prof Dr. Maslina into a meeting room (oh saya tak ingat apa namanya).

Pihak PERSAMA dan ahli akademik UKM, Prof. Kamarulzaman, Prof. Anuar
Kat sini, takdelah talk spesifik macam kat UPM, sebab diorang tak prepare sangat. Diorang explained sikit-sikit pasal PERSAMA. Kalau nak jadi ahli, kena dah ada degree in Mathematics. Yuran tahunan just RM10, kalau yuran untuk seumur hidup RM300. Aktiviti PERSAMA: Olimpiad Matematik Kebangsaan untuk sekolah, aktiviti di kampung/luar bandar untuk bagi ilmu tentang Maths, conference Maths and Symposium Matematik Kebangsaan. PERSAMA is a non-profitable organization, admin kat UKM. Nak tau lebih lanjut, sila ke laman web mereka: www.persama.org.my

Benefits untuk ahli PERSAMA: Kalau nak join Maths Conferences dalam or luar negara, boleh dapat diskaun yuran penyertaan sebanyak 50%. And also, ahli akan dapat journals and published papers by PERSAMA. PERSAMA juga bleh separa sponsor aktiviti Maths yang dianjurkan di universiti dan sekolah.

Enough about PERSAMA, kami mula bertanya soalan berkaitan major. 

Q: Apakah antara Master Programmes untuk Mathematics offered in UKM?
A: Master in Science, Master in Statistics and Master in Quality Productivity. Master in Science ada 3 :Pure Maths, Applied Maths and Management & Finance Math. Master in Quality Productivity tu kurang Maths sikit, banyak pasal projek.

Q: What is Sains Aktuari?
A: Sains Aktuari ni macam gabungan of Finance, Insurance, Risk Management etc. Sapa-sapa nak amik course ni kena strong in Statistics and Accounting. Kalau yang nak ambik Degree in Sains Aktuari at UKM, pointer kena 4 flat. No less.

Q: Perbezaan subjek Pure Maths dan Applied Maths?
A: Subjects for Pure Maths antaranya: Analysis Complex Variable, Topology, Abstract Algebra, Combinatorics. Untuk Applied Maths: Fluid Mechanics, Strategi Kawalan, Dynamical System, Biophysics, Modelling, Mathematical Industry, Numerical Method.

Q: Macammana pula dengan Operational Research?
A: Operational Research ni macam more towards decision making analysis and management. Antara applicationnya, nak buat time table untuk sekolah, or schedule kerja staff, kerja-kerja susun time table etc.

And some miscellaneous questions,

Jobs for Majoring in Finance: Bank, Insurance, Institusi Kewangan, syarikat-syarikat biasa 

Jobs for Majoring in Applied Maths: Engineers, MAS/Airline companies, business etc.

Jobs at Jabatan Perangkaan: Buat survey, banci penduduk (bukan buat Budget Malaysia ye)

FYI, UKM pun ada PhD in Cryptology, tapi setakat ni baru sorang la.

For general overview,

Kalau tak nak banyak Maths: Amik Statistics or Finance
Kalau suka Linear Algebra, Algebra, Number Theory: Amik Pure Maths
Kalau suka Math Method, Advance Math Method: Amik Applied Maths.

Dr. Pah giving a token of appreciation to PERSAMA

Published journals of PERSAMA. Dalam 2 issues ni ada discussion tentang Advanced Calculus, Analytic Geometry and soalan Olympiad


***
As a conclusion, I'll leave you with one of the Olympiad questions given in the PERSAMA booklet. Tapi in BM la. Sebab kat UKM semuanya in BM~

Kategori Muda

Dua orang pelajar P dan Q bermain "Pangkah Nombor" seperti berikut: Pada papan putih ditulis nombor asli 1 hingga 50. Secara bergilir-gilir, mereka memangkah satu nombor. Permainan akan tamat apabila hanya tinggal dua nombor sahaja. Pemenang adalah Q jika jumlah dua nombor itu boleh dibahagi  dengan 3. Jika tidak, P dikira menang. Jika P yang memulakan permainan, apakah strategi Q untuk menang?