on Friday, October 21, 2011
Berikut adalah sesi temubual yang telah saya buat selaku wakil biro edu khas untuk rakan-rakan semua especially untuk mereka yang masih mencari semangat untuk belajar. Maaf atas segala kekurangan info ataupun tersalah bahasa. Diharapkan agar ini dapat memberi sedikit sebanyak bantuan kepada rakan-rakan semua, insyaAllah. Untuk pengetahuan semua, kak amalina merupakan salah seorang student yang top antara yang top untuk batch 3rd year. Jom sama-sama kita kongsi cerita kami~

Wan Atikah: Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang keluarga akak?

Kak Amalina: Nama diberi Amalina binti Abd Rahman. Dibesarkan dalam keluarga kecil iaitu 3 orang adik-beradik. Akak anak sulung dan tunggal perempuan. Sekarang menetap di Maran, Pahang. Mendapat pendidikan awal di SK Rompin dan menengah di SMK (A) Pahang Muadzam Shah. (Actually schoolmate dgn teha lotpi..^_^). Concentration (bak kata kak anum, kita x layak pun lagi nak ckp major sbb kita belajar seciput je..hehe) sekarang Optics. Hajat di hati nak Comp Math tapi mungkin Allah nak tunjuk Optic ni lagi terbaik untuk diri ini. Minor, ICT.

Wan Atikah: Adakah akak mendapat mana-mana tajaan atau biasiswa?

Kak Amalina: Mendapat tajaan BKTA di bawah KPTM.

Wan Atikah: Boleh akak kongsikan tentang bagaimana cara akak belajar atau mengulangkaji pelajaran?

Kak Amalina: Hmm... Cara belajar tu akak biasanya lebih pentingkan fokus kat dalam kelas. Banyakkan buat latihan. Perlu ingat ye, kita ni sebenarnya dah cukup besar untuk faham diri kita sendiri, contohnya cara kita belajar. Tak semestinya cara belajar orang lain ideal untuk kita, sebab ada yang lebih suka jadual hariannya fixed. Ada juga yang suka jadulnya lebih flexible. So, pada akak tak salah pun kalau kita design beberapa cara untuk study. Bila dah jumpa yang serasi, kita praktikkan. Untuk yang jenis senang nak hilang fokus bila nak study mcm akak, cuba guna masa yang kita fokus tu untuk absorb sebanyak mungkin supaya masa tu jadi berkualiti. Akak jenis yang lebih selesa untuk study selepas pukul 12 malam dan akak suka jadikan stress untuk siapkan dan fahamkan sesuatu kerja tu sebagai drive untuk lebih berusaha. Jadi, macam yang akak cakap tadi, perkara ni terpulang pada individu. Akak bukanlah yang terbaik..^_^

Wan Atikah: Bagaimana pula akak menjaga hubungan akak dengan semua tenaga pengajar atau lecturer?

Kak Amalina: Hubungan dengan lecturer tu kena jaga sebab kita tadah ilmu daripada diorang. Kalaupun ada lecturer yang friendly sekalipun kena juga selitkan kat hati yang hormat tu kena ada. Akak pun kadang-kadang terbabas juga dalam hal ni, tapi kita kena selalu betulkan balik hati kita ni.

Wan Atikah: Kalau tidak keberatan, boleh akak bagitau range CGPA akak buat masa kini? Sekadar motivasi buat kami yang masih mentah dalam bidang yang sama. Hehe. Apa rahsia kejayaan akak yang menjadikan akak salah seorang daripada top student untuk batch 3rd year?

Kak Amalina: Range CGPA 3.3 - 3.7. Ada yang lebih hebat daripada akak. Hehe. Rahsia kejayaan tu, di samping yang tadi tu, kebergantungan kita pada Allah pun penting. Restu parents dan kawan-kawan pun. Minta halalkan apa yang diorang dah kongsikan dengan kita.

Wan Atikah: Adakah akak follow study plan yang telah ditetapkan oleh department atau akak merangka study plan akak sendiri supaya sesuai dengan apa yang akak rancang?

Kak Amalina: Tentang study plan, start dari batch akak/sebelum akak, study dah fixed so takde lah banyak sangat yang boleh diperkatakan. Tapi akak pun ada susun jugak sikit-sikit study plan tu supaya dlm satu sem tu tak terbeban sangat.

Wan Atikah: Prinsip hidup akak yang akak pegang dalam menyusuri hidup ini? ^=^

Kak Amalina: Prinsip hidup banyak. Hehe. Tapi yang penting tu jangan kedekut ilmu. Tak rugi pun kalau berkongsi. Jangan malu tanya kalau tak tahu, setinggi mana pun kita belajar, still banyak lagi benda yang kita tak tahu. Jaga hubungan dengan orang yang dah kongsi ilmu dengan kita, dalam konteks ni mungkin kita selalu nampak cikgu, tapi jangan lupa mak ayah yang jadi cikgu pertama kita dan kawan-kawan yang selalu ada kat sisi kita kongsi ilmu sama-sama. Satu lagi, sentiasa cuba untuk kurang menyusahkan orang lain.

Wan Atikah: Sebelum saya undur diri, apakah kata-kata perangsang atau nasihat yang ingin akak kongsikan khusus untuk kami batch 2nd year CTS?

Kak Amalina: Nasihat untuk adik-adik dan sahabat, kembalilah semula kepada tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi Allah ni. Kita sebagai hamba dan khalifah Allah, jadi semua yang kita buat niatkan kerana Allah. Niatkan untuk nanti lepas grad ilmu ni boleh disalurkan kepada ummah. Kadang-kadang kita tersasar dalam mencari jalan yang lurus, tapi tak rugi pun kalau buat U-turn cari balik jalan yang betul. Akhirnya, our life is always about making choices. Manusia dikurniakan dgn akal dan nafsu. Jika nafsu itu dipimpin oleh akal yang berpandukan al-Quran dan Sunnah, insyaAllah akan baiklah keputusan yang dipilih. Jika nafsu itu dipimpin oleh akal yang berpandukan oleh reasoning semata-mata, maka punahlah keputusan yang dipilih. Renung-renungkan dan selamat beramal. ^_^ (Kalau dalam pesanan ni ada nasihat yang
salah, jgn segan untuk tegur ye..akak pun insan biasa..)


 
salam perkenalan sayang. ^_^
Ukhwah fillah..(akak yang kat tengah.hehe..)

By: Wan Atikah
on Thursday, October 13, 2011
bismillahirrahmanirrahim...


seperti mana yg telah di maklumkan, kami biro education telah menemu ramah beberapa orang senior CTS yang telah berjaya dengan cemerlang. dalam post ni, wakil biro kami telah menemu ramah seorang brother yang boleh diklasifikasikan sebagai seorang senior yang berjaya.


sekarang,ayuh kite menghayati kisah senior kedua yang telah di'temu ramah' ini :)

BIODATA DIRI:

nama : Muhammad Khotibul Umam Bin Mohd Syahroni
tarikh lahir : 13 April 1988
tempat tinggal : Banting, Selangor
major : Financial Mathematics

minor : Business Administration


SERBA SEDIKIT TENTANG BELIAU:

-kalau nak study kena ada mood study especially kalau mau study dengan kawan2,kalau tak memang x akan jadi nak study



-menyusun jadual sem dengan elok,supaya x begitu membebankan diri


-pandai juga membahagikan masa untuk study dengan masa untuk aktiviti2 lain


NASIHAT DAN TIPS BELAJAR KEPADA BATCH 101:

-fokus betul2 masa belajar dalam kelas.
-kalau ad masalah or kemusykilan seboleh2nya tanya lecturure terus.
-kepada yang ingin membuat industrial training nanti, pastikan tempat yang kite pilih tu ada kaitan dengan major kite and kalau boleh pilihlah tempat under kerajaan.

-kalau ada yang berminat membuat research, UMP is the best place to go.
-untuk industrial training nanti,kite akan hantar 2 name tempat yang kite cadang nak buat industrial training kat university nanti,tapi university akan hantar surat kepada salah 1 daripada choice kite tu. if tempat tu reject kite, university akan campak kite ke mana2 saja utk membuat industrial training tersebut.
-beliau ada juga menyatakan yang,kepada yang nak amik major finance nanti, ada certain bank yang x menerima surat permohonan dari kite,kalau ada yang nak mohon ke bank tabung haji,boleh tetapi bank tu akan pilih seorang untuk setiap negeri.
-kepada yang bercadang untuk membuat FYP (final year projek),ia dianggap sebagai latihan untuk sesiapa yang mau sambung buat masters.






p/s : gambar bro umam pun xdapat nak publish sebab x berkesempatan nak ambik. jika ada salah silap dalam post ini mohon maaf banyak2. mungkin ia xbanyak membantu untuk kite sekarang,but it will be useful for our future. sama-samalah kita berusaha dan berubah ke arah yang lebih baik. wallahua'lam :)
on Tuesday, October 11, 2011
bismillahirrahmanirrahim...

untuk permulaan sem baru ni, kami biro education telah menemu bual beberapa orang senior CTS yang telah berjaya dengan cemerlang. tujuan 'interview' ini dijalankan adalah untuk mendapatkan tips-tips dan rahsia kejayaan mereka sepanjang berada di universiti. responden 'interview' ini ialah senior-senior yang telah berjaya dengan cemerlang hasil gigih usaha mereka sendiri.beberapa orang senior telah ditemu bual oleh wakil kami dan hasil temu bual bersama mereka akan di'update' dalam blog ini dari masa ke semasa.

sekarang,jom kita zasssssssssss senior pertama yang telah di'interview' ni :P

BIODATA DIRI:

nama: Nur Hafizah binti Nik Mohd Hasyudeen
nama gelaran: kak fiza
tarikh lahir: 27 Julai 1988
asal: Kelantan
tempat tinggal: Gombak, Selangor
adik-beradik: anak ke2 daripada 6 orang
major/minor/year: statistics/business/3rd year 2 sem
sekolah menengah: Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Selangor
kejayaan:  UPSR-5A
                PMR-9A
                SPM-cemerlang :)

SERBA SEDIKIT MENGENAI BELIAU:

-sentiasa mendapat pointer yang cemerlang setiap semester
-study ikut mood
-kadang-kadang stay-up,kadang-kadang tak
-rajin menjadi committee dan mengikuti program-program sciencess
-pandai bahagikan masa antara study dan aktiviti-aktiviti lain

NASIHAT DAN TIPS BELAJAR KEPADA BATCH 101:

-tumpukan perhatian masa belajar.
-buat terus homework lepas habis kelas. jangan tangguh lama-lama. nanti lupa nak buat.
-hormat lecturer.
-kalau tak tau atau tak paham,kena tanya lecturer. jangan segan or malu or takut.
-belajar untuk cari redha Allah. i'Allah Allah akan mudahkan jalan kita ketika belajar.
-selalu amalkan solat dhuha kerana solat dhuha ialah pembuka pintu rezeki :)

Abu Darda r.a. meriwayatkan bahwa Nabi Saw. bersabda, Allah ‘azza wa jalla berfirman: “Wahai anak Adam kerjakanlah shalat empat rakaat kepada-Ku pada permulaan siang niscaya Aku akan member kecukupan kepadamu sampai akhir siang.” (HR at-Tirmidzi).
sumber:lailahaillallah.com

p/s: gambar kak hafizah tak dapat nak publish sebab tak berkesempatan nak ambik. maaf kalau ada salah silap dalam entry ni. mungkin tak banyak sangat pengisian, tapi harap dapat membantu dan dapat jadikan rujukan. sama-samalah kita berusaha dan berubah ke arah yang lebih baik. wallahua'lam :)
on Friday, July 8, 2011


Great people, great ideas aligned with the mission of the TED which is "Ideas Worth Spreading". TED is a non-profit organization devoted to people by sharing their ideas and thoughts through a conference bringing together people from three world: "Technology, Entertainment, Design". Those conference providing a platform for the world's smartest thinkers, greatest visionaries and most-inspiring teachers, so that millions of people can gain a better understanding of the biggest issues faced by the world, and a desire to help create a better future.



Videos on Ideas, Researches and Thoughts..

Basically, TED's website shares a lot of videos from the conferences, which the speakers been given 18 minutes to share their knowledge. Here are some examples;


Stephen Wolfram: Computing a theory of everything


Stephen Wolfram: " Computation is destined to be, to defining ideas of our future"

Noreena Hertz: How to use experts -- and when not to




Noreena: " Now is the time to face the world, with eyes wide open. 
Yes, to use experts to speak the things out..."
 
Salman Khan: Let's use video to reinvent education

 
Salman Khan: "First time I smile doing derivative"
"If Isaac Newton had done youtube video on calculus, I wouldn't have to"


Those videos from all remarkable people with remarkable talks help us to generate our mind, making us to think more. Meanwhile, there is no breakout of the groups in fact it works because all of knowledge are connected. By the way, there are a lot more videos I want to share with you. You can log on to the website for more videos as shown on the picture on the top. =)
on Sunday, March 13, 2011
Assalamualaikum sumeeee!!!

Bertemu lagi kite disini...bersama sy ajk biro sukan dan rekreasi...hehehe hah amacam leh jadi pengacara tak???
Hmmmm bulan mac da hampir sgt nak sampai ke pertengahannya, jadi lagi sebulan je lagi semester 2 tahun 1 akan berakhir....
Ini juga bermakna final exam da makin dekat la...hahahaha saje nak ingatkan memandangkan kebanyakan kawan2 sy nih xsuke diingtkan hehehehehe...tapi yang awak xsuke la sy laaagiiiii suke buat hohoho



Sebelum sy melalut ntah ape2 atau bergosip sal sape2...nih nak bagi nasihat sikit sal teknik dan persediaan untuk exam yang mendatang nih..
meh baca meh.....
Which one will you be????
  1. Sila study dari awal....jangan jadi macam sy...ini pun dah kira lewat memandangkn lagi sebulan je masa untuk study..
  2. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan...sebagai contoh masalah rumah tangga, jiran2, kawan2, dan sebagainya lagi...nanti susah nak study atau nak fokus pada pelajaran...siapkan mental tu baik2 ye..
  3. Sila rancang persiapan peperiksaan...jgn la petg nk exam bru nk p cari pemadam.....tgok jadual betul2..study yang mna penting dlu dengan membuat pengutamaan berdasarkan diri sndiri jgn tgok org lain..setiap org berbeza caranya..
  4. PENTING...janganla study sampai lupe nk jga kesihatan diri...setiap petang anda digalakkan melakukan senaman ringan selama 30 minit...selain itu jaga makan dan minum..pemakanan merupakan faktor penting dlm menjaga kesihatan..tidur juga mestilah cukup dan berkualiti...bagaimana mahu mendptkn tidur yg berkualiti???hmmm sila google sndri ye..ni pun sy da rase cm pakar kesihatan ni kuang3..... 
  5. Apabila dah terasa macm da ckup dah strategi, usaha dan sebgainya....,jgn lupe untuk berdoa dan bertawakal..tapi kalau belum ckup sebab asyik main2 je tuh hah padan la muke....sape suruh tak gunekan masa dengan sebaik2nya...jgn mengeluh ye ckp xcukup masa....
Hah tengok..kucing pun pandai bersenam...!!
ingat...!!!!!


okeylah sampai disini sahaja kot bebelan sy kali ini.....sampai berjumpa lagi di lain hari....wassalam..

                                                                        oleh : ajk biro sukan dan rekreasi
                                                                                                       ("(n_n)) tata
on Saturday, March 12, 2011
please suggest other nama panjang 4 c.t.s...
selain computational and theoretical science...
on Monday, February 28, 2011
Assalamualaikum semua!!
Pertama skali sy memohon maaf ats kelewatan meng’update’ blog ni..maklumlah, sibuk dgn assignment..lgpn line internet kt laptop sy makin slow..huhu..
Tidak mengapa, lupakan mslh itu kte truskan dgn post bg pihak Welfare..
Post kali ni pasti ditunggu2 kn..haha..sure2 post pasal birthday bulan Mac..
Ha nk tau sape?? Jeng3.. check this out!

  AMMAR SYAHIDAH BINTI ABDULLAH ZAWAWI                  16/3/1989
  MUHAMMAD JAFFAR SADIQ B. ABDULLAH                           3/3/1990
  NOORADILAH BT. ROSLAN                                                   10/3/1990
   NUR FADZLEENA BINTI KHAIREEL                                         14/3/1990
   NURUL NAI'MAH BT MUHAMMED                                       13/3/1991
FUZIATUL SYAFAWANI FATKHURROZI                                16/3/1991

Nampaknya kita ada seorang yg sudah menjangkau 22 tahun.. dan juga,kembar yg lain ibu bapa..hehe..

Wishes :   Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
                Semoga mendapat kejayaan di dunia dan akhirat
                Semoga dikurniakan suami/isteri yg baik,soleh/solehah dan anak2 yg baik
                Semoga  mendapat keberkatan sepanjang hidup
Sekian,terima kasih.

Maaf ye, x dpt fikir wish yg lain.hehehe
                                                                                                                                                                ::Welfare::
on Monday, February 21, 2011
Assalamualaikum wbt.
Okay guys, I’ll explain about minor and concentration again. It seems like there are still a few of us yang tak berapa faham.

MINOR
Let’s talk about our minor first. For this time being, let us care more about minor. Sebab kita bakal ambil minor semester 1 (11/12) nanti.

1.       Minor in Education
·         Limit to 30 students.
·         So andai kata students CTS 101 yang berminat dengan Education lebih daripada limit yang sepatutnya, maka department akan pilih berdasarkan CGPA.
·         Short semester is not available.

2.       Minor in Information and Communication Technology (ICT)
·         Untuk minor ini, status available depend pada lecturer. Andai department tidak dapat provide lecturer, makanya minor ini akan ditutup and those students who registered their name under this minor will be placed under Edu or Business.
·         Short semester is not available.

3.       Minor in Business
·         Yang ini, don’t worry. No limit.
·         Short semester is available.
·         Untuk short semester, students who are under minor in Business perlu bincang.
·         Let a situation be an example; out of 30++ students yang ambil Business, ada 30 pelajar yang ambil short semester untuk Subject A and Subject B. There will be no problem untuk 30 pelajar tadi because they had done with the subjects. But to those yang tidak ambil short semester, dengan bilangan yang kurang daripada 5 (FYI, minimum untuk buka kelas adalah >5) plus subject yang mahu diambil (in this case Subject A and B) tidak di offer, makanya mereka tidak dapat mengambil subjects tersebut ketika long semester and perhaps terpaksa extend satu semester semata-mata untuk ambil subject A dan B sahaja.
·         So kawan-kawan sekalian, yang amat berminat dengan Business sila berbincang antara satu sama lain tentang short semester especially.
Basically, this is what our minor is all about. Bila status ke’available’an minor-minor ini boleh diketahui, kenalah selalu kita update dengan admin office CTS. To anyone yang belum faham lagi or still samar-samar you guys can just ask me personally. J


CONCENTRATION
Okay, let’s move to concentration. So, macam yang semua tahu our department offer 5 concentration yakni; Computational Mathematics (Comp Math), Financial Mathematics, Optics, Pure Mathematics (Pure Math), and Statistics (Stat).

1.       Option 1: 1 minor and 1 concentration.
·         Dr Samsun amat mengalakkan kita ambil this option.
·         Kita akan graduate dalam masa yang ditetapkan yakni 4 tahun dan dalam pada masa yang sama tidak terlalu berat untuk kita.

2.       Option 2: 1 minor and 2 concentrations.
·         Kita akan graduate lambat satu semester daripada yang sepatutnya. Bermakna, kita akan ambil masa 4 tahun setengah until graduate.

3.  Option 3: No minor and 3 concentrations.
·         Oh, yang ini sangat mencabar.
·         Kita bakal graduate 5 tahun daripada sekarang. Bermakna, kita extend satu tahun.
Berkenaan option, rasanya semua faham. Cuma nak bagitahu berkenaan berapa tahun yang perlu di spend untuk setiap option.

Masih dalam concentration tetapi kita focus pada concentration itu sendiri. Semua orang tahu, kita wajib ambil 2 courses out of 6 elective courses yang disediakan department. Elective courses ini complement our concentration courses sebenarnya. The courses are:
·         Operational Research
·         Introduction to Functional Analysis
·         Complex Variable Function
·         Statistical Data Analysis
·         Introduction to Financial Mathematics
·         Introduction to Optics

Course yang pertama kita pilih akan diambil ketika 3rd year first semester manakala pilihan kedua kita akan diambil ketika 3rd year second semester. Kita pilihlah mana-mana mengikut cita rasa kita.
Ada beberapa courses daripada 6 elective courses ini merupakan pre-requisites for concentration yang kita nak ambil. Remember, pre-requisites for concentration and not the courses in the concentration. Of course there are a few courses dalam concentrations yang memerlukan elective courses sebagai pre-requisites courses namun yang lebih perlu kita tahu sekarang ini adalah macam mana nak menembusi concentration itu sendiri. Dah confirm concentration mana kita dapat, baru fikir the concentration’s courses. But kalau dah kita dapat menembusi concentration itu sendiri, usually mesti because kita dah obey the requirements to be in the concentration itself and there shall be no problem about those pre-requisites thingy I guess.

Juga semua perlu tahu, each concentrations limit kepada 20 students. 20 students only! So, that is why I terang dalam kelas tadi ada kemungkinan kita tidak akan dapat concenration yang kita nak. For instance, Statistics and Financial Maths. These two concentrations sangat popular. Macam mana department pilih students untuk these concentrations adalah perhaps dengan CGPA. So, mereka yang lebih ini kena pilih concentration lain. Pilih berdasarkan elective courses yang kita pilih tadi atau kalau elective courses yang kita pilih tidak ada yang dapat membantu, makanya kita ada dua pilihan yakni Comp Maths and Optics yang tidak memerlukan pre-requisites courses untuk berada dalamnya. Department tidak akan sesuka hati tendang-tendang kita ikut suka rasa diorang, so don’t worry. And yeah, sepatutnya lebih mudah kalau diorang sort kita ikut CGPA and masukkan kita dalam mana-mana courses. Tapi, department kita memikirkan students punya minat yang membuatkan diorang minta kita pilih sendiri namun masih bersyarat yakni dengan meletakkan limit of students dalam each concentration. So, jangan blame department and bising-bising okay. Depatment sedang buat yang terbaik untuk students CTS! J

Okay, selesai concentration and minor. Kita pergi pada short semester 10/11 dan info tambahan.

SHORT SEMESTER 10/11
Subjects being offered for this semester:
·         UNGS 2040: 50 students (Section 30)
·         UNGS 2050: 50 students (Section 30)
·         RKUD 4310: 50 students (Section 30)
·         LM 2016: 20 students (Section 30 and 31)
FYI, those subjects hanya boleh diambil di Kuantan bukan di Gombak. Sekali lagi, hanya di Kuantan. Untuk Minor in Business, subject yang patut di ambil yakni  ECON 1500K and ACC 1001K tidak di offer. Makanya, tiada short semester 10/11 untuk Business bagi CTS 101.

INFO TAMBAHAN
·         Maximum credit hour short semester is 6 bersamaan 2 subjects sahaja.
·         Language for Academic Purposes (LAP) course sepatutnya kita ambil last semester and MGT kita patut ambil during 2nd year first semester. But due to some misunderstanding, kita ambil MGT last semester instead of LAP. Nothing much here, cumanya nak bagitahu schedule yang sebenar-benarnya. And we don’t have to worry, kita boleh ambil LAP during semester lain. Kalau nak ambil waktu short semester, kena pastikan ada offer LAP course lah during short semester yang kita nak ambil itu.
So guys, hope so dah cukup clear. Andai kata belum, just ask me personally. I’ll try to explain, insyaAllah.
Good luck in choosing our life path. Semoga yang kita pilih adalah yang terbaik untuk kita semua! J

Amalina Johari

on Sunday, February 13, 2011


Masalah mengantuk ni ramai pelajar yang hadapi, terutamanya dalam kelas. Lebih-lebih lagi subjek yang tidak disukai atau kureeng minat. Di sini ada beberapa tips yang boleh dibuat:

1. MINUM AIR MINERAL/AIR KOSONG BANYAK-BANYAK
Kajian pakar mengatakan, kita memerlukan air kosong paling sikit 1 botol air mineral bersaiz besar tu untuk sehari. Kalau kita minum kurang dari itu, kita cepat mengantuk, mudah letih, dan paling bahaya, lama kelamaan senang dapat penyakit. Oleh itu, minumlah banyak-banyak. Tapi ingat, elakkan minum air berkorbonet/ air gas, macam-macam penyakit boleh datang terutamanya kencing manis atau buah pinggang. Jarang-jarang sekali boleh le minum air gas tu.

2.CARI JALAN UNTUK MINAT SETIAP SUBJEK.
Study dengan teknik yang betul. Jangan benci subjek. Dan paling penting, jangan sesekai benci cikgu. Biar orang benci kita, tapi kita jangan benci orang. Tetapi, ikut kajian pakar, orang yang tidak membenci orang lain, pasti orang lain tak akan membenci dirinya. Orang yang selalu sangat benci pada orang, ramailah orang akan benci padanya. Sebab, apa yang ada di hati kita, di fikiran kita, akan membentuk perangai kita dan aura kira. Aura ni macam magnet, kalau hati kita penuh kebencian, makan aura tubuh kita pun suka menarik benci orang lain. So... jangan benci-benci leeee.

3.TIDUR MENCUKUPI.
Bukan kurang tidur dan bukan terlebih tidur. Menurut pakar motivasi, Osman Affan, beliau mencadangkan agar tidur dalam lingkungan 6 jam bermula pada pukul 10-11 malam dan bangun di awal pagi untuk bersiap-siap untuk solat subuh dan sebagainya.

4.TIDUR YANG BERKUALITI.
Ramai antara kita yang tidur mencukupi tetapi tidur kita bukannya tidur yang berkualiti. TIdur yang berkualiti beerti kita merehatkan diri kita sepenuhnya. Bagaimana ye? Antara perkara yang menyumbang kepada tidur yang berkualiti adalah suasana. Pastikan suasana bilik kita gelap dan tiada bunyi-bunyi yang boleh menggangu tidur kita.

5.BACAAN SEBELUM KELAS.
Antara cara lain menanamkan minat selain memperbetul niat ialah melakukan bacaan sebelum kelas. Datangkan persoalan-persoalan yang banyak untuk topik yang akan dipelajari pada hari tersebut. InsyaAllah perkara ini (daya ingin tahu) dapat membantu kita memberi penumpuan yang tinggi pada kelas dan meningkatkan minat.

7.AKTIF.
Ambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran. Selalulah bertanya atau memberi pandangan dalam sesi pembelajaran. InsyaAllah tidak akan mengantuk kerana otak kita sentiasa digunakan secara kreatif dan aktif.






updated by: ajk biro sukan dan rekreasi
 credot to: the owner of this blog.

on Saturday, February 5, 2011
Assalamualaikum. :D

Okay, setiap minggu pertama setiap bulan adalah tugas biro Edu untuk meriuhkan blog kita ini. Penat juga untuk memikirkan tajuk post yang sesuai untuk ditulis. -___-. Seriously memang susah sebab ketandusan idea. Tapi, alhamdulilah, tiba-tiba ada idea yang datang bila saya terfikirkan rungutan and keluhan dari kawan-kawan. Eh, bukan keluhan maybe, cuma rasa hati. Dan juga rasa itu sering saya tanyakan kepada diri sendiri.

" Kenapa perlu belajar Algebra? Apa tu? Ada function ke dalam hidup kita? Haih, aku kira apa ntah niiii? ".


Okay, seriously tipu kalau takpernah terdetik pun di hati kita soalan-soalan ni kan? :D. Fine, mula-mula, try kita fikir Algebra dalam bahasa yang mudah. Ala, yang masa kita belajar masa tingkatan 1 dulu-dulu. Apa benda y=3x-1 tu? Macam mana nak aplikasikan benda ni dalam kehidupan. Next, try tengok benda ni. Ada kaitan tak? :)


haha, okay, tipu la kalau ada kaitan kan? Tapi still, dari equation, kadang-kadang banyak benda yang boleh dibuat oleh makhluk-makhluk genius ni. Ada je benda yang diorang nak simplify dari equation. :D

Back to the topic, "Apa itu sebenarnya Algebra?". To be frank, untuk terangkan apa itu Algebra sebenarnya, ambil masa satu minggu pun takcukup. Tapi cukup la untuk saya buat rumusan from my point of view. 

Sebenarnya, Algebara ada 2 iaitu Asas dan Abstrak. Rasanya, apa yang kita tengah belajar sekarang, adalah Abstrak. Algebra Asas kita dah belajar masa sekolah menengah dulu yang mengandungi operasi arithmetik (seperti +, −, ×, ÷) dan nombor sering digantikan dengan (a, x, and y). Okay, simple. 

And when it comes to Algebra Abstrak, itu yang susahnya. Sebab kita dah mula belajar pasal identity, inverse, group, permutation and banyak benda alah baru kan? Yang sebelum ini kita tak pernah kenal. But, pernah takterfikir, kalau la anda belajar Algebra Abstrak ni dari sekolah menengah, mesti senang je kan bila dah masuk Universiti. :) 

Algebra dalam bahasa arab bermaksud, gabungan, pelengkap dan sambungan. Dari pandangan saya sebenarnya, Algebra sangat berguna untuk melengkapkan dan mengabungkan sesuatu fungsi. Bagus kan? Cuba bayangkan sesuatu benda tu takada something untuk bagitau dia in general and terpaksa didescribekan secara spesifik. Individu. Satu-satu. Mesti susah kan? Kena cerita satu-satu. And see, when ada group, senang je kalau kita nak cerita. ( Hmm, kalau takfaham, sorry. ).

Try ingat apa yang Dr. Jesni selalu cakap dalam kelas. Dr. Jesni pernah cakap, kalau philosopher or orang "sebelah sana" and even Ustaz Razak, if nak terangkan something and tulis, kalau boleh tu mesti nak banyak helai kertas. But, kalau Mathamatician tu, kalau boleh satu Universe ni dia nak buat set, kemudian form group untuk satu Universe ni and write benda tu dalam satu kertas je. Sebab apa? Mungkin dari pandangan diorang, sebenarnya, dalam universe ni, semua ada group masing-masing and takperlu diasingkan.

And tugas Mathematician la nak cari semua benda tu? Err, sebab apa pula? HAHA, like what Dr. Jesni always says, "sebab Mathematician takada kerja" and mungkin itula kerja kitakan? :D


Hmm, lepas ni, try la belajar Algebra secara seronok, okay? Memang, susah kalau kita tak nampak, apa yang tengah kita kira ni dan  apa yang kita tengah belajar ni. Tapi, try fikir benda tu secara positif and have "fun" bila belajar dia even kepala dah rasa nak pecah, badan rasa nak demam, tapi still, try lawan. :) Walaupun takseronok, cuba fikir seronok macam main puzzle ke, soduku ke. -_- InsyaAllah, lama-lama boleh minat gak. 

Jangan cakap Algebra takada fungsi dalam hidup. TRY DISCOVER IT BY YOURSELF. InsyaAllah, you can find out and lebih menghargai. :D Contohnya, dalam Ekonomi. 

Setakat ini sahaja post untuk kali ini. :)

p/s: Ini hanyalah pandangan dari seorang pelajar semata-semata. :)



on Monday, January 31, 2011

A Calculus Carol

(written by: Denis Gannon(1940-1991) sung to the tune of "Oh, Christmas Tree") 
 
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
How tough are both your branches.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
To pass what are my chances?
Derivatives I cannot take,
At integrals my fingers shake.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
How tough are both your branches.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
Your theorems I can't master.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
My Proofs are a disaster.
You pull a trick out of the air,
Or find a reason, God knows where.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
Your theorems I can't master.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
My limit I am reaching.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
For mercy I'm beseeching.
My grades do not approach a B,
They're just an epsilon from D.
Oh, Calculus; Oh, Calculus,
My limit I am reaching. 



THANX TO KEIM BAHRIN
MR.CHOT
on Tuesday, January 25, 2011
Assalamualaikum semua!!

Alhamdulillah pd sem kedua ni,tahun 2011 kita dpt meraikan birthday girls and boys..Kalo nk harapkan welfare sponsor birthday party, mohon maaf jela ye..ktrg leh bg hadiah je..hehe..

Ok, first of all post welfare kali ni kita nk cerita psl sape yg akn menyambut hari lahir pd bulan Januari..
Ha nk tau sape?? Jeng3.. check this out!

NOR SHAZLENNA BINTI PUTEH  15/1/1991

AMIRUL AIZAD BIN AHMAD FUAD           24/1/1991

ANIS JUWAIRIYAH EDRUS            24/1/1991

SAKEENAH BT. MOHD REZA         31/1/1990

Nampaknya kita ada seorang yg sudah menjangkau 21 tahun.. dan juga,kembar yg lain ibu bapa..hehe


Ok next, bulan Februari :

NUR SYAZANA BT. RASHID           16/2/1990

MAISARAH BINTI MUHAMAD GHAZALI                 20/2/1991

RABI'ATUL ADAWIYAH BT. LAN BAH DUN              22/2/1990

ANIS SURIZA BINTI ABDUL MANAP          24/2/1990

WAN NUR AQLILI BT. WAN MOHD RUZAI              26/2/1990

Bulan Feb ni ade sorg je adik yg lahir pd thn 1991 iaitu Maisarah..hehehe

Wishes : 
Selamat Hari Jadi! :)
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki :)
Semoga mendapat kejayaan di dunia dan akhirat :)
Semoga dikurniakan suami/isteri yg baik,soleh/solehah dan anak2 yg baik :)
Semoga  mendapat keberkatan sepanjang hidup :)

Sekian,terima kasih.

Sorry ringkas sgt sbb iium-community sgt ‘laju’.
                                                                                                                                                                ::Welfare::
on Sunday, January 23, 2011

BILA IBADAH HILANG MANISNYA
 SUMBER:DNT
Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah, baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagimana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam Ibadah. Firman Allah:

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku." (Adz-Dzaariyaat: 56)

Ibadah, baik yang wajib mahupun sunat, seharusnya dapat membawa seseorang merasa lebih nikmat dan indahdalam hidup ini. Setiap kali masuk ke dalam solat, hatinya merasa sungguh tenteram bersama Tuhannya. Apabila keluar daripada solat, hatinya selalu rindu untuk menghadap-Nya lagi. Tatkala kalam Ilahi dilantunkan, hatinya luluh sehingga mengalirlah butir-butir air daripada pelupuk matanya. Bahkan apabila bibirnya sendiri membaca Al-Quran, hatinya semakin teguh untuk melangkah dalam kehidupan. Itu belum bercerita tentang hal keadaan hamba yang begitu asyik merintih dan memohon Rahmat Tuhannya di balik tirai malam. Semuanya terasa begitu mententeramkan, sepatutnya.

Namun, adakah kita sentiasa merasakan segala keindahannya ketika kita sendiri melakukan ibadah-ibadah tersebut dan ibadah-ibadah lain juga? Sejahat-jahat manusia, pasti tetap merindukan ketenangan yang hanya boleh dikecap apabila dia kembali kepada tuhannya. Sebaik-baik manusia, pasti sesekali merasa malas untuk beribadah kerana hilang asyiknya. Persoalannya, bagaimana kemanisan tersebut boleh lenyap dan bagaimana kita boleh mengecap kemanisannya?

Persoalan khusyuk dalam solat adalah sebuah persoalan yang sangat utama dalam kehidupan. Apabila kita dapat mengecap nikmat khusyuk dalam ibadah terbaik tersebut, pastinya kita bakal memperoleh ketenangan yang luar biasa di luar solat. Kita akan belajar untuk khusyuk menyembah Allah dalam segenap aspek kehidupan. Saya pernah bertanya kepada seorang pensyarah, Dr. Ibrahim Shogar di UIAM Kuantan tentang bagaimana untuk khusyuk. Katanya "It is very difficult for you to achieve khusyuk at this age of yours (20-an) when you have so much to think and to achieve. What you have to do is keep trying". Memikirkan kembali kata-katanya, ada betulnya. Namun, sudahkah we keep trying?

Ke Mana Hilangnya Kemanisan Tersebut?

Saya ingin menyebut tentang khusyuk yang lebih umum dalam segenap bentuk Ibadah. Kecerahan siang itu semakin kelam kerana bertandangnya malam. Kedinginan malam semakin hilang apabila terbitnya mentari yang memanaskan. Cerahnya siang itu berbeza sama sekali dengan gelapnya malam. Begitu juga Ibadah, manisnya hilang bersama nikmatnya maksiat. Nikmat maksiat menenggelamkan rasa manisnya Ibadah.

Maksiat. Perbuatan curang seorang hamba terhadap Tuhannya. Tak mungkin maksiat dilakukan kerana Allah kerana ia sememangnya adalah sebuah larangan. Apabila ia dilakukan ganti berganti dengan ibadah, pastilah manis ibadah yang menjadi korban kerana tarikan dan nikmatnya maksiat itu lebih kuat. Khusyuknya solat hilang bersama pandangan syahwat yang dilayangkan pada lawan jenis yang bukan mahram. Indahnya kalam Ilahi tak terasa apabila jiwa sentiasa dipenuhi kata-kata cinta makhluk-Nya, apatah lagi yang belum halal. Malam terasa begitu sejuk untuk bertahajjud kerana tidurnya dalam murka setelah bermaksiat.

Apabila hati tercemar sedikit demi sedikit dengan maksiat, nikmat ibadahpun hilang. Lama-kelamaan, ibadah itu sendiri ditinggalkan. Bertambahlah maksiat kerana meninggalkan suruhan-Nya. Maksiat itu pasti meninggalkan bekas dalam hati. Sekalipun kita telah berhenti melakukannya, tetap juga kesannya terasa sangat dahsyat. Kesan-kesan dan bekas-bekas yang ditinggalkan inilah yang menyebabkan hati kita sentiasa meronta-ronta untuk kembali melakukannya. kesan-kesan dan bekas-bekas ini juga yang menjadi hijab kepada rasa nikmatnya beribadah. Paku yang tertancap di tiang boleh dicabut, namun lubang dan kesan karatnya tetap tinggal berbekas.

Kembalikan Kemanisannya

Kembalikan rasa nikmat beribadah itu secepat mungkin, sebelum nikmatnya maksiat itu menghalang kita untuk terus beribadah dan mungkin akan terus berpaling daripada Allah. Ketika itu, kita akan menjadi hamba yang rugi serugi-ruginya. Ketika kita berpaling, maka Allah tidak pernah rugi. Lebih malang jika Dia terus membiarkan kita tersesat tak jumpa jalan kembali.

Jujurlah dalam menilai dirimu. Akuilah segala maksiat yang telah kita lakukan. Tak perlu diceritakan kepada orang lain. Cukuplah kita mengingatkan hati agar membenci segala kemaksiatan dan berusaha untuk mengembalikan kemanisan ibadah. Setelah kita dapat mengenalpasti kecurangan kita, berusahalah untuk meninggalkannya dengan bersungguh-sungguh. Berdoalah agar Allah membantu kita untuk terus taat kepada-Nya. Rasulullah mengajarkan doa selepas solat dalam sebuah hadith:

Daripada Muaz bin Jabal RA, beliau berkata: Rasullullah SAW mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu berkata: "Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau." Muaz berkata: "Aku sanggup menebus diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasullullah SAW; dan demi Allah, aku juga mengasihi engkau." Maka Rasullullah SAW berkata: "Aku berwasiat kepada kamu janganlah kamu meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk mengatakan: "Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu"."
( Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i )

Doa yang diajarkan baginda ringkas namun membawa maksud mendalam daripada sudut pengharapan seorang hamba kepada Tuhannya. Mengharap agar Allah tidak membiarkan kita terkapai-kapai dalam menempuh perjalanan menuju-Nya, dalam melakukan ibadah, berzikir dan bersyukur kepada-Nya. Sungguh indah doa ini, marilah kita sama-sama amalkannya. Berikut lafaznya dalam bahasa Arab:

اللّهمّ أعنّي على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
Allahumma A'innii 'Alaa Dzikrika Wa Syukrika Wa Husni 'Ibaadatika

Apabila laungan takbir tak mampu lagi mengetuk pintu hati dan kalam Ilahi tak bisa melembutkannya, zikrullah tak terasa manisnya dan hidup tak terasa bersama-Nya, pasti ada terselit dosa yang terang mahupun sembunyi.

Wahai manusia, yang akupun termasuk di dalamnya, tinggalkanlah kemaksiatan, perbaikilah ibadahmu dan sabarlah dalam mengerjakannya. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan carilah jalan kembali. Untuk itu, kita perlu bermujahadah melawan hawa nafsu agar Allah memberikan jalan keluar.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada merekajalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al-'Ankabuut: 69)

Surga itu dihiasi dengan perkara-perkara yang dibenci sedangkan neraka dihiasi dengan hal-hal yang disukai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahua'lam.
.:RUJUKAN:.
www.paksi.net