Sekali lagi kami di M7 diserang oleh askar berbulu perang. Banyak pulak tu. Tingkap bilik memang sentiasa terbuka. Rimasla kalau tertutup. Kalau kat sekolah dulu PK HEM selalu guna perkataan 'kopam'. Tadi sebenarnya aku ada je kat bilik, tengah menghadap laptop. Tapi tak perasan pulak yang dah ada dua ekor monyet kat sebelah. Tunggu nak bagi salam je. Nasib baik dengar ada la dua, tiga orang budak-budak M7 ni jerit “Ada monyet!”. Disebabkan sebelum ni Twiggies dah kena curi, apa lagi, kelam-kabut la tutup tingkap. Cuak gila la. Memang berdebar habis. Waktu nak tutup tingkap tu sempat la jugak bertegur sapa dan main mata dengan monyet-monyet tersebut. Dia pulak macam faham je. Waktu tu tak terfikir langsung, kalaulah monyet tu reply, aku confirm demam sebulan. Huh, nasib baik dia tak serang. Lagipun agaknya sebab dia nampak kot ada orang dalam bilik. Dan tiada makanan atas meja. Alhamdulillah. Kalau tak free-free je suara hilang sebab monyet masuk bilik. Dan penat bergelut dengan mereka. Haha. Tapi sebenarnya geram hari tu tak habis lagi. Nak curi Twiggies tu curilah. Aku reda. Haha. Tapi ni siap tinggalkan kesan cap jari kat buku Thomas' Calculus yang tercinta. Kurang asam betul. Aku sumpah korang takkan jadi manusia! Haha. Monyet oh monyet. Janganlah datang sini lagi.
Pengajarannya kat sini, kepada kawan-kawan, rajin-rajinlah tutup tingkap sebelum hendak ke mana-mana. Takut-takut satu hari nanti askar-askar berbulu perang ni jadi maju dan advanced. Sekarang curi makanan. Nanti curi laptop. Who knows? Monyet-monyet kat UIA ni educated semuanya. Ambil makanan orang pun memilih. Ish3. Kalau roti dia tak pandang yang biasa-biasa ni. Dia ambil butterscotch. Kalau peanut butter, dia tak ambil yang kosong. Nak yang peanut butter with grape/strawberry jam. Teruk betul. Kurma diorang tak pandang pun. Patutla pun Encik D mengatakan yang kita ni evolved daripada monyet. Something was wrong somewhere. His head maybe? Lagi satu, jangan letak makanan atas meja. Oh, kalau boleh, tong sampah pun jangan ada makanan. Dorang ni cari sampai dalam tong sampah (bersepah bilik aku -_-”). Tapi kalau korang nak ada pengalaman bilik dimasuki monyet, boleh je try ni. Buka tingkap luas-luas dan letak makanan atas meja (kalau nak letak atas katil pun ok jugak :P). Tapi make sure makanan yang hebat-hebat je tau! Confirm dorang masuk. Haha. Okayla. Setakat ni je. じゃまたね!
Glosari
じゃまたね![Jamatane!] (exp) good-bye; see you later;
p/s: Maaf kalau gaya penulisan skema. Haha. -shin-
1 comments:
huhu..blik sy x penah lg monyet lalu lg2 msuk..Nauzubillah..
Post a Comment