on Monday, January 17, 2011
Assalamualaikum pembuka bicara. Segmen yang paling dinantikan kembali lagi. Kali ini, seorang sister pula yang diterjah. Jom, kita terjah!

Personaliti pilihan ini, merupakan anak kelahiran Kuantan, Pahang, yang bernama Nurul Fatehah Binti Mohd Lotpi. Perjalanan hidup dimulakan pada 8 Oktober 1990, diisi dengan bermacam-macam aktiviti pada waktu lapang. Usah ditanyakan cita-citanya, kerana soalan ini cukup sukar untuk dijawab oleh Fatehah tetapi cukup dengan impian untuk redhaa dengan kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Fatehah pemalu orangnya.


Fatehah yang amat menggemari nasi goring emaknya dan fresh orange ini, tidak pernah terfikir akan ciri-ciri lelaki yang menjadi idamannya. Cukup dengan berpegang pada firman Allah, “ lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”. Kereta yang menjadi pilihan Fatehah kelak ialah Honda City yang bersertakan pemandu atau kereta tempatan, Proton Persona ( Belilah barangan buatan Malaysia ).

Kenangan manis bersama warga CTS? Fatehah tidak dapat melupakan saat di mana rakan-rakan seperjuangan hadir beramai-ramai ke rumahnya, selain gembira menghayati  kelas Jesni, Prof. Razak dan Sir Pah. Namun, PBL dikatakan sebagai kenangan pahit bagi Fatehah yang lebih menyukai pembelajaran di dalam kelas bersama lecturer. Fatihah juga paling tidak suka menyukai seseorang yang sudah tahu akan sesuatu hukum, tetapi masih berbuat tidak tahu.

Role model pilihan Fatehah katanya “ the most perfect person in the world ”, tentu sekali Rasul junjungan kita, Nabi Muhammmad s.a.w. Ditanyakan mengenai kelebihan dirinya, Fatehah menyatakan bahawa dia adalah seorang yang tidak mempedulikan kata orang lain. Kekurangan diri yang ingin diubah adalah tidak rajin untuk membuat latihan-latihan di dalam buku. Motto hidup dan pendirian yang menjadi pegangan Fatehah ialah “ observe and learn “. Apabila diminta berkongsi rahsia sentiasa aktif dan cemerlang dalam pelajaran, Fatehah yang merendah diri meyatakan:
1) Fokus di dalam kelas. 2) Ambil 5 minit masa berehat. 3) Makan ( “ your brain need it”, katanya )

Jika Fatehah diberi peluang menjadi Perdana Menteri untuk satu hari, Fatehah ingin memberikan keperluan kepada orang-orang yang miskin. Akhir sekali, ucapan Fatehah kepada warga CTS:
“  Together..We make the world a better place..” ( InsyaAllah Fatehah )

Tamat sudah segmen “ Terjah “ untuk kali ini. Kami, krew “ Terjah ” ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fatehah yang sudi diterjah. Selamat maju jaya kepada Fatehah dalam perjuangannya.

Who is next? Watch out people! 

on Friday, January 14, 2011
Assalamualaikum semua!! 

Apa khabar??sihat?? Harap2 sihat2 la semua ye..kepada sape2 yang tak berapa nak sihat tu tau tak kenapa??haaaaaa..kami rasa la...mungkin sebab belajar banyak sangat kot...hehehehe kita sebagai student ni kena ingat yang kesihatan itu penting..bak kata wonderpets, "apa yg penting??"jawab nye kesihatan...hahaha..wonderpets jangan marah ye...kui3 hehe .sebab kalau kita sakit macam mana kita nak belajar kan..heeeee.. :p

so, disamping belajar, sama2 lah kita menjaga kesihatan yer..macam mane tu?? ce ceghita ce ceghita...

.......meh nak ceghita..salah satu caranya adalah dengan bersukan. bukan la nak suruh bersukan berat2 pon..just jogging 3 kali seminggu ke..cukup la tu..kan kan??taman bandar tu dekat jer..bagi yg tinggal kt dalam uia la. so rajin2 kan lah diri ke sana yer..drpd duduk bergolek2 atas katil tiap2 petang tu (xelok tido petang...!) baek la kita beriadah kan??hehe..

hmmm kalau rase nak naek basikal pon boleh. ada perkhidmatan sewa basikal tau kt sini..ni nak ceghita la bg sape yg x tau lagi..kalau nak nombor telefon sewa basikal tu nanti mintak dengan kitorg ye..murah jer..50 sen tuk setengah jam..ape la sgt kan...kan...kan.....

haaaa!!cakap pasal main2 ni, ni nak inform kat semua warga CTS101 bahawa minggu depan, 17/01/11, bermula lah interkuliyah games. antara games yg ada ialah

                                                         bola sepak,



bola jaring, 



badminton, 


lagi..!! bola keranjang, bola tampar, futsal, dan lain2...jadi kepada sape2 yg mewakili sciencess tu kami ucapkan gudluck yer..main elok2, tonjolkan kerjasama antara kumpulan, main secara profesional dan bersedialah dengan apa jua keputusan..ingat!! kalah menang adat permainan.hehe..kepada sape2 yg x mewakili sciencess untuk ape2 games, datanglah untuk menyokong kami ye.sokongan anda amat diperlukan.:) majulah sukan untuk UIA!!

haa tengok!!org pakai kaki palsu pon jogging tau..heee


basikal pon best jugak..boleh rempit..hehehe
contohi mereka ni...cycling dr Gombak ke Kuantan...perrgghh ahh



dikarang oleh  : maisarah 
disunting oleh : na'ieyma
ajk biro sukan dan rekreasi  m(*('I')*)m
on Thursday, January 6, 2011
Assalamuaikum :)

Alhamdulilah, hampir sebulan sudah mengharungi semester 2 di UIA, Kuantan. And diharapkan semua pelajar dah dapat adapt dengan environment sekarang. Err, bagi yang masih dalam mood cuti yang heaven tu, bersiap-sedia la untuk change mode anda ke mood study ye? :) Sedar tak sedar lagi 3 minggu je lagi kita semua bakal menghadapi Midterm kan. -_- So, masih belum terlambat lagi untuk cover semua and bukannya masuk dalam peringkat last minutes untuk study lagi. Ok, cukup ini sebagai introduction yang sangat skema.

Let's talk about PBL and get back to the topic. Bagi students CTS101 sekalian, PBL memang dah cukup sinonim dengan kita sekarang kan? Rasanya mostly dah tahu kan apa itu PBL yang telah diperkenalkan oleh Professor Torla kesayangan kita semua. :)

PBL:  best defined as instruction relating questions and technology relative to the students' everyday lives to classroom projects. Students form their own investigation of their own group which allows students to develop valuable research skills. The students engage in design, problem solving, decision making, and investigative activities. It allows students to work in groups or by themselves and allows them to come up with ideas and realistic solutions or presentations. Students take a problem and apply it to a real life situation with these projects. (Nah! Inilah definition sebenar PBL tu. )






Taking about PBL from my own perspective memang rasa macam : why patut ada sistem belajar macam ni? Best la lecturer tak payah masuk kelas belajar pun. Kalau macam ni nak jadi lecturer la, sure boleh goyang kaki senang-senang je! Boleh survive ke belajar sendiri tanpa ada lecturer untuk the whole sem tu? Oh, I'm dead! Finish. Seriously, awal-awal dah cuak. Tapi sekarang?


Alhamdulilah, syukur dah boleh adapt and slowly merangkak keluar dari perasaan dilema, cuak and tak yakin dengan diri tu.


 So, macam mana rakan-rakan sekalian? Dah boleh adapt dengan sistam PBL ni ke? Rasanya mostly semua group macam semangat buat PBL kan? Yela, bila jumpa je kawan-kawan yang tergesa-gesa jalan tu, bila tegur, "Eh, nak pergi mana tu?', terkejut kot bila dengar " Owh, ada PBL dekat surau ni." And ada je, bila plan satu aktiviti dengan kawan time WEEKEND, "Eh, tak boleh la, aku risau ada PBL weekend ni, nak habiskan subtopic ......" . Haaa, see, seolah-olah macam semangat berPBL  tu dah semakin menular dalam diri kita semua kan?. InsyaAllah. :)


Sebenarnya, cuba korang fikir balik apa yang korang dapat bila sistem PBL ni diperkenalkan kepada kita semua untuk semester ini? Sebenarnya banyak kebaikan dari keburukan kalau kita fikir dari sudut positif sesuatu benda tu. 


1-Dari dulu pergi kelas mengharapkan lecturer semua spoon-feeding, untuk minta diajar, so, tak payah nak prepare apa-apa sebab dah tahu yang lecturer akan "suap" kita semua bagi "makan" je. Tapi, keadaan tu dah berubah kan sekarang? Before nak pergi kelas buat PBL, seriously kena study sendiri. Memang boleh je tak study, tapi apa perasaan korang bila tengok rakan-rakan dalam group tu dah study lebih? Bila ada yang berbincang-bincang pasal benda yang korang tak tau? haaa. tipu la kalau tak rasa lost langsung kan? -__-.


2-PBL ajar korang, kita semua untuk berdisplin dengan diri sendiri. Susah la kalau sesama group tak ada displin kan? Kena belajar panctual. Okay, memang la time lecturer ada mengajar, kita kena panctual juga, kalau tak, ntah-ntah kena belajar kat luar. Tapi untuk belajar sesama group members kita ni, kena ada panctual tu. Macam mana kita nak direspect oleh group members kalau kita tak respect dengan time yang didecidekan kan? Silap-silap, ada yang kejam, suruh korang keluar dari group diorang. (rasanya tak ada kan? )


3-Last, but not least, ajar korang untuk independent. Benda ni tak boleh dipertikaikan. Yela, macam mana korang nak belajar, kalau korang tak boleh independent  lagi so far. Lecturer dah tak ada untuk nak ajar, just monitor dari jauh je. Korang tak boleh nak depend kat group sendiri. It's not about your lecturer , not even your group. That's nothing to do with them. But it's all depend on you. Kalau korang berusaha, korang yang dapat. Dah tak boleh salahkan lecturer atau orang lain untuk hal ni. Bear it in your mind, friends.






Err, okay, cukup la 3 untuk kali ni. Others, you name it by your own. :)


But, ada satu yang nak kongsi. Bila sembang-sembang dengan senior-senior tentang PBL ni, yup, sometimes  PBL can be Hell and sometimes can be Heaven and it's depend on yourself. Jangan terkejut kalau midterm ni ada ramai je yang fail. ( itu kata senior lepas). Tu semua sebab korang tak dapat adapt dengan sistem PBL lagi and manfaatkannya sebaik mungkin di awal sem. And, jangan terkejut pula bila final nanti, ramai je yang dapat result bagus, setakat A solid tu ramai je dapat and pass happily with flying colour. (ni pun senior cakap). Ni sebab semua korang dah dapat manfaatkan PBL tu. :) So, Hell and Heaven, kita yang choose kan? :)


Last question, nak repeat apa yang Jesni cakap dalam kelas, kenapa korang pilih CTS? Apa yang korang nampak dari CTS ni? Kenapa tak pilih kos kulinari ke? Boleh belajar buat kek. Nampak je kan? Boleh makan lagi. Tapi kenapa pilih CTS (Math)? Fikir eh? :)


p/s: Diharapkan semua group dapat sediakan semua jawapan untuk soalan Linear Algebra and Calculus pada 12 hb Januari ni. Kita tolong orang, insya Allah akan tolong kita juga. :)


-Anis  :)