Nurul Fatehah

on Monday, January 17, 2011
Assalamualaikum pembuka bicara. Segmen yang paling dinantikan kembali lagi. Kali ini, seorang sister pula yang diterjah. Jom, kita terjah!

Personaliti pilihan ini, merupakan anak kelahiran Kuantan, Pahang, yang bernama Nurul Fatehah Binti Mohd Lotpi. Perjalanan hidup dimulakan pada 8 Oktober 1990, diisi dengan bermacam-macam aktiviti pada waktu lapang. Usah ditanyakan cita-citanya, kerana soalan ini cukup sukar untuk dijawab oleh Fatehah tetapi cukup dengan impian untuk redhaa dengan kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Fatehah pemalu orangnya.


Fatehah yang amat menggemari nasi goring emaknya dan fresh orange ini, tidak pernah terfikir akan ciri-ciri lelaki yang menjadi idamannya. Cukup dengan berpegang pada firman Allah, “ lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”. Kereta yang menjadi pilihan Fatehah kelak ialah Honda City yang bersertakan pemandu atau kereta tempatan, Proton Persona ( Belilah barangan buatan Malaysia ).

Kenangan manis bersama warga CTS? Fatehah tidak dapat melupakan saat di mana rakan-rakan seperjuangan hadir beramai-ramai ke rumahnya, selain gembira menghayati  kelas Jesni, Prof. Razak dan Sir Pah. Namun, PBL dikatakan sebagai kenangan pahit bagi Fatehah yang lebih menyukai pembelajaran di dalam kelas bersama lecturer. Fatihah juga paling tidak suka menyukai seseorang yang sudah tahu akan sesuatu hukum, tetapi masih berbuat tidak tahu.

Role model pilihan Fatehah katanya “ the most perfect person in the world ”, tentu sekali Rasul junjungan kita, Nabi Muhammmad s.a.w. Ditanyakan mengenai kelebihan dirinya, Fatehah menyatakan bahawa dia adalah seorang yang tidak mempedulikan kata orang lain. Kekurangan diri yang ingin diubah adalah tidak rajin untuk membuat latihan-latihan di dalam buku. Motto hidup dan pendirian yang menjadi pegangan Fatehah ialah “ observe and learn “. Apabila diminta berkongsi rahsia sentiasa aktif dan cemerlang dalam pelajaran, Fatehah yang merendah diri meyatakan:
1) Fokus di dalam kelas. 2) Ambil 5 minit masa berehat. 3) Makan ( “ your brain need it”, katanya )

Jika Fatehah diberi peluang menjadi Perdana Menteri untuk satu hari, Fatehah ingin memberikan keperluan kepada orang-orang yang miskin. Akhir sekali, ucapan Fatehah kepada warga CTS:
“  Together..We make the world a better place..” ( InsyaAllah Fatehah )

Tamat sudah segmen “ Terjah “ untuk kali ini. Kami, krew “ Terjah ” ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fatehah yang sudi diterjah. Selamat maju jaya kepada Fatehah dalam perjuangannya.

Who is next? Watch out people! 

0 comments: