on Sunday, January 23, 2011
Doa ketika masuk dewan peperiksaan
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Doa Menerima Kertas Soalan
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Doa ketika sukar menjawab soalan
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Doa Jika Anda Terlupa Jawapan
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"

-salam kejayaan untuk anda-

~DnT~




on Saturday, January 22, 2011
Hai semua! Pada kali ini, kami, unit Terjah! membawakan anda satu lagi personaliti menarik dalam batch kita ni. Komen-komen luar tentang orang ni;
“... Aku banyak gila gelak bila duduk dengan dia.”
“... Dia cubit bisa kot!”
“... Suara dia nyaring! Especially waktu main Snap hari tu.”
“... Suka buat lawak yang sebenarnya dia tak de niat pun nak buat.”

Presenting...
PAH!



Nama penuh: Shariffah Nurul Atikah bte Syed Zin
         Nama panggilan:
            Kawan: Pah, Kak Pah
            Keluarga: Akak
            Saudara: Kak Tik
Asal: Sg. Isap, Kuantan
Tarikh lahir: 30 Oktober 1990
Sekolah: SBP Integrasi Kuantan
Keluarga: Ibu bapa, empat orang adik-beradik (yang ke-3); 2 orang kakak, seorang adik lelaki
Hobi: Membaca. Dulu suka berbasikal sebab dapat angin (?) tapi sekarang dah jarang-jarang
Makanan kegemaran: Benda-benda masam (cth: jeruk; asam; colek)
Minuman kegemaran: teh O, tak suka air mangga
Warna kegemaran: Hijau
Kereta idaman: Tak kisah, asalkan Honda. Nak yang paling comel. Nak *Keisuke Honda boleh? :P
Keturunan: (Syed & Sharifah)
            Sebelah ayah: Al-Yahya
            Sebelah ibu: Al-Habsyi
Laman web yang sering dilayari: Blog The Other Khairul
Hero!: Rasulullah SAW







Trivia!
·        Sangat suka minyak cap Kapak tapi tak ngam dengannya. Kalau beli je, mesti ada sesuatu yang buruk akan berlaku pada minyak Cap Kapak tersebut.
·        Tak minat bersukan tapi suka tonton sukan
·        Kat kelas nampak fokus, tapi sebenarnya fikiran menerawang (tak selalu ye :P)
·        Tak boleh hidup tanpa jam tangannya. Sentiasa nak tengok masa
·        Belum ada lesen memandu tapi dah target nak dapatkannya cuti semester nanti
·        Makanan yang sentiasa ada dalam simpanan: teh (sebab suka) dan biskut (sebab tak habis-habis :P)
·        Mempunyai tindakan refleks yang sangat tinggi
·        Seorang yang kemas. Tak boleh buat sesuatu selagi ada benda yang tak kemas di sekelilingnya
·        Tak makan sayur
·        Akan mencari sesuatu yang boleh dibaca kalau rasa tak boleh tidur (berbalik pada hobi tadi)

Antara bulan, bintang dan matahari, yang mana menjadi pilihan hati?
Satelit. Sebab dia kelip-kelip dan bergerak. Tak statik kat satu tempat je. (Tak menjawab soalan langsung budak ni -_-”)

Antara emas dan duit? (Soalan Dr Rain waktu kelas MGT dulu :P)
Duit! Sebab duit kita nampak. Kalau emas tak nampak. Maksudnya, kita tak boleh bayar sesuatu guna emas.

Kalau boleh main alat muzik, nak main apa?
Teringin nak belajar main drum. Macam syok je sebab boleh
1.      ketuk-ketuk
2.      angguk-angguk kepala (feel the beat!)
3.      gerak-gerak kaki
4.      pusing-pusing stik drum

Lagu kegemaran?
All-time favourite:
Bayangan Gurauan - Mega
Fall For You - Secondhand Serenade
Terbaru:
Chajatta/Found You – JYJ (Sungkyung Kwan Scandal OST)

Rancangan TV yang disukai (baru-baru ini)?
Glee.

Cara menghilangkan stress/tension?
Berdiam diri → tenang

Perkara yang tak logik tapi nak sangat buat?
Berborak dengan abang-abang **DBSK dan ***Super Junior menggunakan bahasa Melayu.

Calon suami: UIA/ luar?
Tak kisah mana-mana pun. Yang penting berpelajaran :D

Apa yang akan jadi pada diri anda 10 tahun dari sekarang?
Kerja tak jelas, tapi yang penting, by that time anak dah tiga orang.

Kata-kata semangat untuk batch CTS101!
Suka ayat yang kita belajar waktu UNGS 2040K, “If you think education is expensive, try ignorance.”


* Keisuke Honda: Pemain bola sepak Jepun
** DBSK: Sekumpulan penyanyi lelaki yang berasal dari Korea
***Super Junior: Sekumpulan penyanyi lelaki yang berasal dari Korea.

P/S: Ayat-ayat yang tertera di sini telah diubah mengikut kesesuaian :)

By:
Ida
VT
Shin.
on Monday, January 17, 2011
Assalamualaikum pembuka bicara. Segmen yang paling dinantikan kembali lagi. Kali ini, seorang sister pula yang diterjah. Jom, kita terjah!

Personaliti pilihan ini, merupakan anak kelahiran Kuantan, Pahang, yang bernama Nurul Fatehah Binti Mohd Lotpi. Perjalanan hidup dimulakan pada 8 Oktober 1990, diisi dengan bermacam-macam aktiviti pada waktu lapang. Usah ditanyakan cita-citanya, kerana soalan ini cukup sukar untuk dijawab oleh Fatehah tetapi cukup dengan impian untuk redhaa dengan kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Fatehah pemalu orangnya.


Fatehah yang amat menggemari nasi goring emaknya dan fresh orange ini, tidak pernah terfikir akan ciri-ciri lelaki yang menjadi idamannya. Cukup dengan berpegang pada firman Allah, “ lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”. Kereta yang menjadi pilihan Fatehah kelak ialah Honda City yang bersertakan pemandu atau kereta tempatan, Proton Persona ( Belilah barangan buatan Malaysia ).

Kenangan manis bersama warga CTS? Fatehah tidak dapat melupakan saat di mana rakan-rakan seperjuangan hadir beramai-ramai ke rumahnya, selain gembira menghayati  kelas Jesni, Prof. Razak dan Sir Pah. Namun, PBL dikatakan sebagai kenangan pahit bagi Fatehah yang lebih menyukai pembelajaran di dalam kelas bersama lecturer. Fatihah juga paling tidak suka menyukai seseorang yang sudah tahu akan sesuatu hukum, tetapi masih berbuat tidak tahu.

Role model pilihan Fatehah katanya “ the most perfect person in the world ”, tentu sekali Rasul junjungan kita, Nabi Muhammmad s.a.w. Ditanyakan mengenai kelebihan dirinya, Fatehah menyatakan bahawa dia adalah seorang yang tidak mempedulikan kata orang lain. Kekurangan diri yang ingin diubah adalah tidak rajin untuk membuat latihan-latihan di dalam buku. Motto hidup dan pendirian yang menjadi pegangan Fatehah ialah “ observe and learn “. Apabila diminta berkongsi rahsia sentiasa aktif dan cemerlang dalam pelajaran, Fatehah yang merendah diri meyatakan:
1) Fokus di dalam kelas. 2) Ambil 5 minit masa berehat. 3) Makan ( “ your brain need it”, katanya )

Jika Fatehah diberi peluang menjadi Perdana Menteri untuk satu hari, Fatehah ingin memberikan keperluan kepada orang-orang yang miskin. Akhir sekali, ucapan Fatehah kepada warga CTS:
“  Together..We make the world a better place..” ( InsyaAllah Fatehah )

Tamat sudah segmen “ Terjah “ untuk kali ini. Kami, krew “ Terjah ” ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fatehah yang sudi diterjah. Selamat maju jaya kepada Fatehah dalam perjuangannya.

Who is next? Watch out people!