Cara Hilangkan Mengantuk di dalam Kelas

on Sunday, February 13, 2011


Masalah mengantuk ni ramai pelajar yang hadapi, terutamanya dalam kelas. Lebih-lebih lagi subjek yang tidak disukai atau kureeng minat. Di sini ada beberapa tips yang boleh dibuat:

1. MINUM AIR MINERAL/AIR KOSONG BANYAK-BANYAK
Kajian pakar mengatakan, kita memerlukan air kosong paling sikit 1 botol air mineral bersaiz besar tu untuk sehari. Kalau kita minum kurang dari itu, kita cepat mengantuk, mudah letih, dan paling bahaya, lama kelamaan senang dapat penyakit. Oleh itu, minumlah banyak-banyak. Tapi ingat, elakkan minum air berkorbonet/ air gas, macam-macam penyakit boleh datang terutamanya kencing manis atau buah pinggang. Jarang-jarang sekali boleh le minum air gas tu.

2.CARI JALAN UNTUK MINAT SETIAP SUBJEK.
Study dengan teknik yang betul. Jangan benci subjek. Dan paling penting, jangan sesekai benci cikgu. Biar orang benci kita, tapi kita jangan benci orang. Tetapi, ikut kajian pakar, orang yang tidak membenci orang lain, pasti orang lain tak akan membenci dirinya. Orang yang selalu sangat benci pada orang, ramailah orang akan benci padanya. Sebab, apa yang ada di hati kita, di fikiran kita, akan membentuk perangai kita dan aura kira. Aura ni macam magnet, kalau hati kita penuh kebencian, makan aura tubuh kita pun suka menarik benci orang lain. So... jangan benci-benci leeee.

3.TIDUR MENCUKUPI.
Bukan kurang tidur dan bukan terlebih tidur. Menurut pakar motivasi, Osman Affan, beliau mencadangkan agar tidur dalam lingkungan 6 jam bermula pada pukul 10-11 malam dan bangun di awal pagi untuk bersiap-siap untuk solat subuh dan sebagainya.

4.TIDUR YANG BERKUALITI.
Ramai antara kita yang tidur mencukupi tetapi tidur kita bukannya tidur yang berkualiti. TIdur yang berkualiti beerti kita merehatkan diri kita sepenuhnya. Bagaimana ye? Antara perkara yang menyumbang kepada tidur yang berkualiti adalah suasana. Pastikan suasana bilik kita gelap dan tiada bunyi-bunyi yang boleh menggangu tidur kita.

5.BACAAN SEBELUM KELAS.
Antara cara lain menanamkan minat selain memperbetul niat ialah melakukan bacaan sebelum kelas. Datangkan persoalan-persoalan yang banyak untuk topik yang akan dipelajari pada hari tersebut. InsyaAllah perkara ini (daya ingin tahu) dapat membantu kita memberi penumpuan yang tinggi pada kelas dan meningkatkan minat.

7.AKTIF.
Ambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran. Selalulah bertanya atau memberi pandangan dalam sesi pembelajaran. InsyaAllah tidak akan mengantuk kerana otak kita sentiasa digunakan secara kreatif dan aktif.






updated by: ajk biro sukan dan rekreasi
 credot to: the owner of this blog.

1 comments:

Azreen Ramli said...

'org ngantok disorangkan bantal' vs 'org ngantok disorongkan 7tips'
hehe,,harap2 mujarab la tips ni..