Assalamualaikum wbt.
Okay guys, I’ll explain about minor and concentration again. It seems like there are still a few of us yang tak berapa faham.
MINOR
Let’s talk about our minor first. For this time being, let us care more about minor. Sebab kita bakal ambil minor semester 1 (11/12) nanti.
1. Minor in Education
· Limit to 30 students.
· So andai kata students CTS 101 yang berminat dengan Education lebih daripada limit yang sepatutnya, maka department akan pilih berdasarkan CGPA.
· Short semester is not available.
2. Minor in Information and Communication Technology (ICT)
· Untuk minor ini, status available depend pada lecturer. Andai department tidak dapat provide lecturer, makanya minor ini akan ditutup and those students who registered their name under this minor will be placed under Edu or Business.
· Short semester is not available.
3. Minor in Business
· Yang ini, don’t worry. No limit.
· Short semester is available.
· Untuk short semester, students who are under minor in Business perlu bincang.
· Let a situation be an example; out of 30++ students yang ambil Business, ada 30 pelajar yang ambil short semester untuk Subject A and Subject B. There will be no problem untuk 30 pelajar tadi because they had done with the subjects. But to those yang tidak ambil short semester, dengan bilangan yang kurang daripada 5 (FYI, minimum untuk buka kelas adalah >5) plus subject yang mahu diambil (in this case Subject A and B) tidak di offer, makanya mereka tidak dapat mengambil subjects tersebut ketika long semester and perhaps terpaksa extend satu semester semata-mata untuk ambil subject A dan B sahaja.
· So kawan-kawan sekalian, yang amat berminat dengan Business sila berbincang antara satu sama lain tentang short semester especially.
Basically, this is what our minor is all about. Bila status ke’available’an minor-minor ini boleh diketahui, kenalah selalu kita update dengan admin office CTS. To anyone yang belum faham lagi or still samar-samar you guys can just ask me personally. J
CONCENTRATION
Okay, let’s move to concentration. So, macam yang semua tahu our department offer 5 concentration yakni; Computational Mathematics (Comp Math), Financial Mathematics, Optics, Pure Mathematics (Pure Math), and Statistics (Stat).
1. Option 1: 1 minor and 1 concentration.
· Dr Samsun amat mengalakkan kita ambil this option.
· Kita akan graduate dalam masa yang ditetapkan yakni 4 tahun dan dalam pada masa yang sama tidak terlalu berat untuk kita.
2. Option 2: 1 minor and 2 concentrations.
· Kita akan graduate lambat satu semester daripada yang sepatutnya. Bermakna, kita akan ambil masa 4 tahun setengah until graduate.
3. Option 3: No minor and 3 concentrations.
· Oh, yang ini sangat mencabar.
· Kita bakal graduate 5 tahun daripada sekarang. Bermakna, kita extend satu tahun.
Berkenaan option, rasanya semua faham. Cuma nak bagitahu berkenaan berapa tahun yang perlu di spend untuk setiap option.
Masih dalam concentration tetapi kita focus pada concentration itu sendiri. Semua orang tahu, kita wajib ambil 2 courses out of 6 elective courses yang disediakan department. Elective courses ini complement our concentration courses sebenarnya. The courses are:
· Operational Research
· Introduction to Functional Analysis
· Complex Variable Function
· Statistical Data Analysis
· Introduction to Financial Mathematics
· Introduction to Optics
Course yang pertama kita pilih akan diambil ketika 3rd year first semester manakala pilihan kedua kita akan diambil ketika 3rd year second semester. Kita pilihlah mana-mana mengikut cita rasa kita.
Ada beberapa courses daripada 6 elective courses ini merupakan pre-requisites for concentration yang kita nak ambil. Remember, pre-requisites for concentration and not the courses in the concentration. Of course there are a few courses dalam concentrations yang memerlukan elective courses sebagai pre-requisites courses namun yang lebih perlu kita tahu sekarang ini adalah macam mana nak menembusi concentration itu sendiri. Dah confirm concentration mana kita dapat, baru fikir the concentration’s courses. But kalau dah kita dapat menembusi concentration itu sendiri, usually mesti because kita dah obey the requirements to be in the concentration itself and there shall be no problem about those pre-requisites thingy I guess.
Juga semua perlu tahu, each concentrations limit kepada 20 students. 20 students only! So, that is why I terang dalam kelas tadi ada kemungkinan kita tidak akan dapat concenration yang kita nak. For instance, Statistics and Financial Maths. These two concentrations sangat popular. Macam mana department pilih students untuk these concentrations adalah perhaps dengan CGPA. So, mereka yang lebih ini kena pilih concentration lain. Pilih berdasarkan elective courses yang kita pilih tadi atau kalau elective courses yang kita pilih tidak ada yang dapat membantu, makanya kita ada dua pilihan yakni Comp Maths and Optics yang tidak memerlukan pre-requisites courses untuk berada dalamnya. Department tidak akan sesuka hati tendang-tendang kita ikut suka rasa diorang, so don’t worry. And yeah, sepatutnya lebih mudah kalau diorang sort kita ikut CGPA and masukkan kita dalam mana-mana courses. Tapi, department kita memikirkan students punya minat yang membuatkan diorang minta kita pilih sendiri namun masih bersyarat yakni dengan meletakkan limit of students dalam each concentration. So, jangan blame department and bising-bising okay. Depatment sedang buat yang terbaik untuk students CTS! J
SHORT SEMESTER 10/11
Subjects being offered for this semester:
· UNGS 2040: 50 students (Section 30)
· UNGS 2050: 50 students (Section 30)
· RKUD 4310: 50 students (Section 30)
· LM 2016: 20 students (Section 30 and 31)
FYI, those subjects hanya boleh diambil di Kuantan bukan di Gombak. Sekali lagi, hanya di Kuantan. Untuk Minor in Business, subject yang patut di ambil yakni ECON 1500K and ACC 1001K tidak di offer. Makanya, tiada short semester 10/11 untuk Business bagi CTS 101.
INFO TAMBAHAN
· Maximum credit hour short semester is 6 bersamaan 2 subjects sahaja.
· Language for Academic Purposes (LAP) course sepatutnya kita ambil last semester and MGT kita patut ambil during 2nd year first semester. But due to some misunderstanding, kita ambil MGT last semester instead of LAP. Nothing much here, cumanya nak bagitahu schedule yang sebenar-benarnya. And we don’t have to worry, kita boleh ambil LAP during semester lain. Kalau nak ambil waktu short semester, kena pastikan ada offer LAP course lah during short semester yang kita nak ambil itu.
So guys, hope so dah cukup clear. Andai kata belum, just ask me personally. I’ll try to explain, insyaAllah.
Good luck in choosing our life path. Semoga yang kita pilih adalah yang terbaik untuk kita semua! J
Amalina Johari
0 comments:
Post a Comment