on Tuesday, January 4, 2011

Assalamualaikum orang kampung! Jom kita update pasal raya gathering which had been organized on 24th September in front of Wackos at Kuliyyah of Science. First and foremost, jom kita lihat gambar di sebalik tabir;

anak dara rajin :)

anak teruna pon not bad laa :P

Pada malam itu, kami telah ber'candle light dinner' beramai ramai termasuk lah dengan para lecturer yang sudi menghadirkan diri. Terima kasih ;) 

setup by sisters :)

 sopan je duduk bersimpuh :D

Kami telah melantak makanan sebanyak yang mungkin. Makanan yang disediakan sangat superb! Especially sate yang dibawa khas oleh senior kesayangan. 

sesi memilih makanan ;)

senior yang sporting!

ok muka tak sedia :D

Oh tidak lupa juga, malam itu pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya acara meneka kuih raya dan pertandingan Jangan Lupa Lirik ! (lagu raya). Pengacara majlis pada malam itu adalah Farahin dan Yasmeen. Manakala aktiviti pula dikendalikan oleh senior kita; Nabil dan juga Kak Aishah. 

peserta Jangan Lupa Lirik ;)

Maaf lah kami kekurangan gambar semasa game lain. sebab time tu tengah kusyuk makan. hahaha. Ok next acara ber camwhore beramai ramai. Dan sekali lagi kami minta maaf kerana kekurangan gambar brothers. I'll let the pictures do the talk so that I tak merepek banyak.

kami ;)

budak budak :D

Thats all I guess. Tahun depan jom buat lagi ! Lagi grand lagi best. Maaf atas segala kekurangan dalam post ni. Jika tidak terlalu lambat, Selamat Hari Raya ! :)

on Thursday, December 30, 2010

Gelak tawa memecah kedinginan pagi yg menggigit semua. Ali yg segak berbaju belang setia menanti, menunggu diterjah sopan oleh Chot.


Apabila diminta perkenalkan diri , dengan malu2 kering, Mohd. Ali Khameini b. Ahmad, berusia 20 tahun memulakan cerita alam persekolahan di SK LKTP Redong.Usia yg baharu menginjak remaja adalah satu permulaan untuk mengenali dunia dan tanpa berselindung dia menyatakan bahawa sebenarnya tidak mempunyai cita2 sebelum memasuki UIA.Ali yg sememangnya dikenali sebagai seorang yg gemar belajar semua subjek, rupa2nya tidak begitu menyukai subjek bahasa.

Sebelum itu, anak jati Johor yg dilahirkan di Segamat ini bersekolah menengah di SMK Seri Titiwangsa, KL sblom kemudiannya berpindah ke SMK Seri Bintong Selatan ,KL. Sekarang menetap di Parit Raja, Batu Pahat. Ali juga mempunyai hobi yg agak pelik iaitu termenung yg dikatakannya mampu menjana insan dan pemimpin yg cemerlang. Sewaktu diajukan soalan mengenai kenangan yg x dpt dilupakan, Ali menyatakan pengalamannya yg membuat satu kelas gelak besar....Malangnya,  peristiwa itu terpaksa dirahsiakan atas permintaan Ali sendri...kalu nk taw....tnye r dia sndri...jeng...jeng..jeng.
Sebelom mengakhiri pertemuan yg agak singkat ini, Ali turut berpesan bahawa telah menjadi tugas "student" utk belajar di samping tidak melupakan aktiviti sampingan...utk mengelakkan tekanan..rahsia untuk menjadi pelajar cemerlang ialah dengan menumpukan perhatian dlm kelas dan sentiasa belajar x kira masa selagi ad kemahuan....
.video intebiu ali nnti kami upload...iium community x bley blah~~

text by kimi d
design by mrchot
on Friday, October 8, 2010
            Sekali lagi kami di M7 diserang oleh askar berbulu perang. Banyak pulak tu. Tingkap bilik memang sentiasa terbuka. Rimasla kalau tertutup. Kalau kat sekolah dulu PK HEM selalu guna perkataan 'kopam'. Tadi sebenarnya aku ada je kat bilik, tengah menghadap laptop. Tapi tak perasan pulak yang dah ada dua ekor monyet kat sebelah. Tunggu nak bagi salam je. Nasib baik dengar ada la dua, tiga orang budak-budak M7 ni jerit “Ada monyet!”. Disebabkan sebelum ni Twiggies dah kena curi, apa lagi, kelam-kabut la tutup tingkap. Cuak gila la. Memang berdebar habis. Waktu nak tutup tingkap tu sempat la jugak bertegur sapa dan main mata dengan monyet-monyet tersebut. Dia pulak macam faham je. Waktu tu tak terfikir langsung, kalaulah monyet tu reply, aku confirm demam sebulan. Huh, nasib baik dia tak serang. Lagipun agaknya sebab dia nampak kot ada orang dalam bilik. Dan tiada makanan atas meja. Alhamdulillah. Kalau tak free-free je suara hilang sebab monyet masuk bilik. Dan penat bergelut dengan mereka. Haha. Tapi sebenarnya geram hari tu tak habis lagi. Nak curi Twiggies tu curilah. Aku reda. Haha. Tapi ni siap tinggalkan kesan cap jari kat buku Thomas' Calculus yang tercinta. Kurang asam betul. Aku sumpah korang takkan jadi manusia! Haha. Monyet oh monyet. Janganlah datang sini lagi.
            Pengajarannya kat sini, kepada kawan-kawan, rajin-rajinlah tutup tingkap sebelum hendak ke mana-mana. Takut-takut satu hari nanti askar-askar berbulu perang ni jadi maju dan advanced. Sekarang curi makanan. Nanti curi laptop. Who knows? Monyet-monyet kat UIA ni educated semuanya. Ambil makanan orang pun memilih. Ish3. Kalau roti dia tak pandang yang biasa-biasa ni. Dia ambil butterscotch. Kalau peanut butter, dia tak ambil yang kosong. Nak yang peanut butter with grape/strawberry jam. Teruk betul. Kurma diorang tak pandang pun. Patutla pun Encik D mengatakan yang kita ni evolved daripada monyet. Something was wrong somewhere. His head maybe? Lagi satu, jangan letak makanan atas meja. Oh, kalau boleh, tong sampah pun jangan ada makanan. Dorang ni cari sampai dalam tong sampah (bersepah bilik aku -_-”). Tapi kalau korang nak ada pengalaman bilik dimasuki monyet, boleh je try ni. Buka tingkap luas-luas dan letak makanan atas meja (kalau nak letak atas katil pun ok jugak :P). Tapi make sure makanan yang hebat-hebat je tau! Confirm dorang masuk. Haha. Okayla. Setakat ni je. じゃまたね!

Glosari
じゃまたね![Jamatane!] (exp) good-bye; see you later;

p/s: Maaf kalau gaya penulisan skema. Haha.                                                                                 -shin-