Algebra? Apa tuuuuuu?

on Saturday, February 5, 2011
Assalamualaikum. :D

Okay, setiap minggu pertama setiap bulan adalah tugas biro Edu untuk meriuhkan blog kita ini. Penat juga untuk memikirkan tajuk post yang sesuai untuk ditulis. -___-. Seriously memang susah sebab ketandusan idea. Tapi, alhamdulilah, tiba-tiba ada idea yang datang bila saya terfikirkan rungutan and keluhan dari kawan-kawan. Eh, bukan keluhan maybe, cuma rasa hati. Dan juga rasa itu sering saya tanyakan kepada diri sendiri.

" Kenapa perlu belajar Algebra? Apa tu? Ada function ke dalam hidup kita? Haih, aku kira apa ntah niiii? ".


Okay, seriously tipu kalau takpernah terdetik pun di hati kita soalan-soalan ni kan? :D. Fine, mula-mula, try kita fikir Algebra dalam bahasa yang mudah. Ala, yang masa kita belajar masa tingkatan 1 dulu-dulu. Apa benda y=3x-1 tu? Macam mana nak aplikasikan benda ni dalam kehidupan. Next, try tengok benda ni. Ada kaitan tak? :)


haha, okay, tipu la kalau ada kaitan kan? Tapi still, dari equation, kadang-kadang banyak benda yang boleh dibuat oleh makhluk-makhluk genius ni. Ada je benda yang diorang nak simplify dari equation. :D

Back to the topic, "Apa itu sebenarnya Algebra?". To be frank, untuk terangkan apa itu Algebra sebenarnya, ambil masa satu minggu pun takcukup. Tapi cukup la untuk saya buat rumusan from my point of view. 

Sebenarnya, Algebara ada 2 iaitu Asas dan Abstrak. Rasanya, apa yang kita tengah belajar sekarang, adalah Abstrak. Algebra Asas kita dah belajar masa sekolah menengah dulu yang mengandungi operasi arithmetik (seperti +, −, ×, ÷) dan nombor sering digantikan dengan (a, x, and y). Okay, simple. 

And when it comes to Algebra Abstrak, itu yang susahnya. Sebab kita dah mula belajar pasal identity, inverse, group, permutation and banyak benda alah baru kan? Yang sebelum ini kita tak pernah kenal. But, pernah takterfikir, kalau la anda belajar Algebra Abstrak ni dari sekolah menengah, mesti senang je kan bila dah masuk Universiti. :) 

Algebra dalam bahasa arab bermaksud, gabungan, pelengkap dan sambungan. Dari pandangan saya sebenarnya, Algebra sangat berguna untuk melengkapkan dan mengabungkan sesuatu fungsi. Bagus kan? Cuba bayangkan sesuatu benda tu takada something untuk bagitau dia in general and terpaksa didescribekan secara spesifik. Individu. Satu-satu. Mesti susah kan? Kena cerita satu-satu. And see, when ada group, senang je kalau kita nak cerita. ( Hmm, kalau takfaham, sorry. ).

Try ingat apa yang Dr. Jesni selalu cakap dalam kelas. Dr. Jesni pernah cakap, kalau philosopher or orang "sebelah sana" and even Ustaz Razak, if nak terangkan something and tulis, kalau boleh tu mesti nak banyak helai kertas. But, kalau Mathamatician tu, kalau boleh satu Universe ni dia nak buat set, kemudian form group untuk satu Universe ni and write benda tu dalam satu kertas je. Sebab apa? Mungkin dari pandangan diorang, sebenarnya, dalam universe ni, semua ada group masing-masing and takperlu diasingkan.

And tugas Mathematician la nak cari semua benda tu? Err, sebab apa pula? HAHA, like what Dr. Jesni always says, "sebab Mathematician takada kerja" and mungkin itula kerja kitakan? :D


Hmm, lepas ni, try la belajar Algebra secara seronok, okay? Memang, susah kalau kita tak nampak, apa yang tengah kita kira ni dan  apa yang kita tengah belajar ni. Tapi, try fikir benda tu secara positif and have "fun" bila belajar dia even kepala dah rasa nak pecah, badan rasa nak demam, tapi still, try lawan. :) Walaupun takseronok, cuba fikir seronok macam main puzzle ke, soduku ke. -_- InsyaAllah, lama-lama boleh minat gak. 

Jangan cakap Algebra takada fungsi dalam hidup. TRY DISCOVER IT BY YOURSELF. InsyaAllah, you can find out and lebih menghargai. :D Contohnya, dalam Ekonomi. 

Setakat ini sahaja post untuk kali ini. :)

p/s: Ini hanyalah pandangan dari seorang pelajar semata-semata. :)



2 comments:

Anonymous said...

anis, i like this post! :)

Unknown said...

ohahah! takutnye nak exam algebra ni.. gubra :D