on Friday, October 21, 2011
Berikut adalah sesi temubual yang telah saya buat selaku wakil biro edu khas untuk rakan-rakan semua especially untuk mereka yang masih mencari semangat untuk belajar. Maaf atas segala kekurangan info ataupun tersalah bahasa. Diharapkan agar ini dapat memberi sedikit sebanyak bantuan kepada rakan-rakan semua, insyaAllah. Untuk pengetahuan semua, kak amalina merupakan salah seorang student yang top antara yang top untuk batch 3rd year. Jom sama-sama kita kongsi cerita kami~

Wan Atikah: Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang keluarga akak?

Kak Amalina: Nama diberi Amalina binti Abd Rahman. Dibesarkan dalam keluarga kecil iaitu 3 orang adik-beradik. Akak anak sulung dan tunggal perempuan. Sekarang menetap di Maran, Pahang. Mendapat pendidikan awal di SK Rompin dan menengah di SMK (A) Pahang Muadzam Shah. (Actually schoolmate dgn teha lotpi..^_^). Concentration (bak kata kak anum, kita x layak pun lagi nak ckp major sbb kita belajar seciput je..hehe) sekarang Optics. Hajat di hati nak Comp Math tapi mungkin Allah nak tunjuk Optic ni lagi terbaik untuk diri ini. Minor, ICT.

Wan Atikah: Adakah akak mendapat mana-mana tajaan atau biasiswa?

Kak Amalina: Mendapat tajaan BKTA di bawah KPTM.

Wan Atikah: Boleh akak kongsikan tentang bagaimana cara akak belajar atau mengulangkaji pelajaran?

Kak Amalina: Hmm... Cara belajar tu akak biasanya lebih pentingkan fokus kat dalam kelas. Banyakkan buat latihan. Perlu ingat ye, kita ni sebenarnya dah cukup besar untuk faham diri kita sendiri, contohnya cara kita belajar. Tak semestinya cara belajar orang lain ideal untuk kita, sebab ada yang lebih suka jadual hariannya fixed. Ada juga yang suka jadulnya lebih flexible. So, pada akak tak salah pun kalau kita design beberapa cara untuk study. Bila dah jumpa yang serasi, kita praktikkan. Untuk yang jenis senang nak hilang fokus bila nak study mcm akak, cuba guna masa yang kita fokus tu untuk absorb sebanyak mungkin supaya masa tu jadi berkualiti. Akak jenis yang lebih selesa untuk study selepas pukul 12 malam dan akak suka jadikan stress untuk siapkan dan fahamkan sesuatu kerja tu sebagai drive untuk lebih berusaha. Jadi, macam yang akak cakap tadi, perkara ni terpulang pada individu. Akak bukanlah yang terbaik..^_^

Wan Atikah: Bagaimana pula akak menjaga hubungan akak dengan semua tenaga pengajar atau lecturer?

Kak Amalina: Hubungan dengan lecturer tu kena jaga sebab kita tadah ilmu daripada diorang. Kalaupun ada lecturer yang friendly sekalipun kena juga selitkan kat hati yang hormat tu kena ada. Akak pun kadang-kadang terbabas juga dalam hal ni, tapi kita kena selalu betulkan balik hati kita ni.

Wan Atikah: Kalau tidak keberatan, boleh akak bagitau range CGPA akak buat masa kini? Sekadar motivasi buat kami yang masih mentah dalam bidang yang sama. Hehe. Apa rahsia kejayaan akak yang menjadikan akak salah seorang daripada top student untuk batch 3rd year?

Kak Amalina: Range CGPA 3.3 - 3.7. Ada yang lebih hebat daripada akak. Hehe. Rahsia kejayaan tu, di samping yang tadi tu, kebergantungan kita pada Allah pun penting. Restu parents dan kawan-kawan pun. Minta halalkan apa yang diorang dah kongsikan dengan kita.

Wan Atikah: Adakah akak follow study plan yang telah ditetapkan oleh department atau akak merangka study plan akak sendiri supaya sesuai dengan apa yang akak rancang?

Kak Amalina: Tentang study plan, start dari batch akak/sebelum akak, study dah fixed so takde lah banyak sangat yang boleh diperkatakan. Tapi akak pun ada susun jugak sikit-sikit study plan tu supaya dlm satu sem tu tak terbeban sangat.

Wan Atikah: Prinsip hidup akak yang akak pegang dalam menyusuri hidup ini? ^=^

Kak Amalina: Prinsip hidup banyak. Hehe. Tapi yang penting tu jangan kedekut ilmu. Tak rugi pun kalau berkongsi. Jangan malu tanya kalau tak tahu, setinggi mana pun kita belajar, still banyak lagi benda yang kita tak tahu. Jaga hubungan dengan orang yang dah kongsi ilmu dengan kita, dalam konteks ni mungkin kita selalu nampak cikgu, tapi jangan lupa mak ayah yang jadi cikgu pertama kita dan kawan-kawan yang selalu ada kat sisi kita kongsi ilmu sama-sama. Satu lagi, sentiasa cuba untuk kurang menyusahkan orang lain.

Wan Atikah: Sebelum saya undur diri, apakah kata-kata perangsang atau nasihat yang ingin akak kongsikan khusus untuk kami batch 2nd year CTS?

Kak Amalina: Nasihat untuk adik-adik dan sahabat, kembalilah semula kepada tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi Allah ni. Kita sebagai hamba dan khalifah Allah, jadi semua yang kita buat niatkan kerana Allah. Niatkan untuk nanti lepas grad ilmu ni boleh disalurkan kepada ummah. Kadang-kadang kita tersasar dalam mencari jalan yang lurus, tapi tak rugi pun kalau buat U-turn cari balik jalan yang betul. Akhirnya, our life is always about making choices. Manusia dikurniakan dgn akal dan nafsu. Jika nafsu itu dipimpin oleh akal yang berpandukan al-Quran dan Sunnah, insyaAllah akan baiklah keputusan yang dipilih. Jika nafsu itu dipimpin oleh akal yang berpandukan oleh reasoning semata-mata, maka punahlah keputusan yang dipilih. Renung-renungkan dan selamat beramal. ^_^ (Kalau dalam pesanan ni ada nasihat yang
salah, jgn segan untuk tegur ye..akak pun insan biasa..)


 
salam perkenalan sayang. ^_^
Ukhwah fillah..(akak yang kat tengah.hehe..)

By: Wan Atikah
on Thursday, October 13, 2011
bismillahirrahmanirrahim...


seperti mana yg telah di maklumkan, kami biro education telah menemu ramah beberapa orang senior CTS yang telah berjaya dengan cemerlang. dalam post ni, wakil biro kami telah menemu ramah seorang brother yang boleh diklasifikasikan sebagai seorang senior yang berjaya.


sekarang,ayuh kite menghayati kisah senior kedua yang telah di'temu ramah' ini :)

BIODATA DIRI:

nama : Muhammad Khotibul Umam Bin Mohd Syahroni
tarikh lahir : 13 April 1988
tempat tinggal : Banting, Selangor
major : Financial Mathematics

minor : Business Administration


SERBA SEDIKIT TENTANG BELIAU:

-kalau nak study kena ada mood study especially kalau mau study dengan kawan2,kalau tak memang x akan jadi nak study



-menyusun jadual sem dengan elok,supaya x begitu membebankan diri


-pandai juga membahagikan masa untuk study dengan masa untuk aktiviti2 lain


NASIHAT DAN TIPS BELAJAR KEPADA BATCH 101:

-fokus betul2 masa belajar dalam kelas.
-kalau ad masalah or kemusykilan seboleh2nya tanya lecturure terus.
-kepada yang ingin membuat industrial training nanti, pastikan tempat yang kite pilih tu ada kaitan dengan major kite and kalau boleh pilihlah tempat under kerajaan.

-kalau ada yang berminat membuat research, UMP is the best place to go.
-untuk industrial training nanti,kite akan hantar 2 name tempat yang kite cadang nak buat industrial training kat university nanti,tapi university akan hantar surat kepada salah 1 daripada choice kite tu. if tempat tu reject kite, university akan campak kite ke mana2 saja utk membuat industrial training tersebut.
-beliau ada juga menyatakan yang,kepada yang nak amik major finance nanti, ada certain bank yang x menerima surat permohonan dari kite,kalau ada yang nak mohon ke bank tabung haji,boleh tetapi bank tu akan pilih seorang untuk setiap negeri.
-kepada yang bercadang untuk membuat FYP (final year projek),ia dianggap sebagai latihan untuk sesiapa yang mau sambung buat masters.






p/s : gambar bro umam pun xdapat nak publish sebab x berkesempatan nak ambik. jika ada salah silap dalam post ini mohon maaf banyak2. mungkin ia xbanyak membantu untuk kite sekarang,but it will be useful for our future. sama-samalah kita berusaha dan berubah ke arah yang lebih baik. wallahua'lam :)
on Tuesday, October 11, 2011
bismillahirrahmanirrahim...

untuk permulaan sem baru ni, kami biro education telah menemu bual beberapa orang senior CTS yang telah berjaya dengan cemerlang. tujuan 'interview' ini dijalankan adalah untuk mendapatkan tips-tips dan rahsia kejayaan mereka sepanjang berada di universiti. responden 'interview' ini ialah senior-senior yang telah berjaya dengan cemerlang hasil gigih usaha mereka sendiri.beberapa orang senior telah ditemu bual oleh wakil kami dan hasil temu bual bersama mereka akan di'update' dalam blog ini dari masa ke semasa.

sekarang,jom kita zasssssssssss senior pertama yang telah di'interview' ni :P

BIODATA DIRI:

nama: Nur Hafizah binti Nik Mohd Hasyudeen
nama gelaran: kak fiza
tarikh lahir: 27 Julai 1988
asal: Kelantan
tempat tinggal: Gombak, Selangor
adik-beradik: anak ke2 daripada 6 orang
major/minor/year: statistics/business/3rd year 2 sem
sekolah menengah: Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Selangor
kejayaan:  UPSR-5A
                PMR-9A
                SPM-cemerlang :)

SERBA SEDIKIT MENGENAI BELIAU:

-sentiasa mendapat pointer yang cemerlang setiap semester
-study ikut mood
-kadang-kadang stay-up,kadang-kadang tak
-rajin menjadi committee dan mengikuti program-program sciencess
-pandai bahagikan masa antara study dan aktiviti-aktiviti lain

NASIHAT DAN TIPS BELAJAR KEPADA BATCH 101:

-tumpukan perhatian masa belajar.
-buat terus homework lepas habis kelas. jangan tangguh lama-lama. nanti lupa nak buat.
-hormat lecturer.
-kalau tak tau atau tak paham,kena tanya lecturer. jangan segan or malu or takut.
-belajar untuk cari redha Allah. i'Allah Allah akan mudahkan jalan kita ketika belajar.
-selalu amalkan solat dhuha kerana solat dhuha ialah pembuka pintu rezeki :)

Abu Darda r.a. meriwayatkan bahwa Nabi Saw. bersabda, Allah ‘azza wa jalla berfirman: “Wahai anak Adam kerjakanlah shalat empat rakaat kepada-Ku pada permulaan siang niscaya Aku akan member kecukupan kepadamu sampai akhir siang.” (HR at-Tirmidzi).
sumber:lailahaillallah.com

p/s: gambar kak hafizah tak dapat nak publish sebab tak berkesempatan nak ambik. maaf kalau ada salah silap dalam entry ni. mungkin tak banyak sangat pengisian, tapi harap dapat membantu dan dapat jadikan rujukan. sama-samalah kita berusaha dan berubah ke arah yang lebih baik. wallahua'lam :)