SEM BARU-PEMBAKAR SEMANGAT BARU!!

on Tuesday, October 11, 2011
bismillahirrahmanirrahim...

untuk permulaan sem baru ni, kami biro education telah menemu bual beberapa orang senior CTS yang telah berjaya dengan cemerlang. tujuan 'interview' ini dijalankan adalah untuk mendapatkan tips-tips dan rahsia kejayaan mereka sepanjang berada di universiti. responden 'interview' ini ialah senior-senior yang telah berjaya dengan cemerlang hasil gigih usaha mereka sendiri.beberapa orang senior telah ditemu bual oleh wakil kami dan hasil temu bual bersama mereka akan di'update' dalam blog ini dari masa ke semasa.

sekarang,jom kita zasssssssssss senior pertama yang telah di'interview' ni :P

BIODATA DIRI:

nama: Nur Hafizah binti Nik Mohd Hasyudeen
nama gelaran: kak fiza
tarikh lahir: 27 Julai 1988
asal: Kelantan
tempat tinggal: Gombak, Selangor
adik-beradik: anak ke2 daripada 6 orang
major/minor/year: statistics/business/3rd year 2 sem
sekolah menengah: Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Selangor
kejayaan:  UPSR-5A
                PMR-9A
                SPM-cemerlang :)

SERBA SEDIKIT MENGENAI BELIAU:

-sentiasa mendapat pointer yang cemerlang setiap semester
-study ikut mood
-kadang-kadang stay-up,kadang-kadang tak
-rajin menjadi committee dan mengikuti program-program sciencess
-pandai bahagikan masa antara study dan aktiviti-aktiviti lain

NASIHAT DAN TIPS BELAJAR KEPADA BATCH 101:

-tumpukan perhatian masa belajar.
-buat terus homework lepas habis kelas. jangan tangguh lama-lama. nanti lupa nak buat.
-hormat lecturer.
-kalau tak tau atau tak paham,kena tanya lecturer. jangan segan or malu or takut.
-belajar untuk cari redha Allah. i'Allah Allah akan mudahkan jalan kita ketika belajar.
-selalu amalkan solat dhuha kerana solat dhuha ialah pembuka pintu rezeki :)

Abu Darda r.a. meriwayatkan bahwa Nabi Saw. bersabda, Allah ‘azza wa jalla berfirman: “Wahai anak Adam kerjakanlah shalat empat rakaat kepada-Ku pada permulaan siang niscaya Aku akan member kecukupan kepadamu sampai akhir siang.” (HR at-Tirmidzi).
sumber:lailahaillallah.com

p/s: gambar kak hafizah tak dapat nak publish sebab tak berkesempatan nak ambik. maaf kalau ada salah silap dalam entry ni. mungkin tak banyak sangat pengisian, tapi harap dapat membantu dan dapat jadikan rujukan. sama-samalah kita berusaha dan berubah ke arah yang lebih baik. wallahua'lam :)

0 comments: