Interview bersama Kak Amalina

on Friday, October 21, 2011
Berikut adalah sesi temubual yang telah saya buat selaku wakil biro edu khas untuk rakan-rakan semua especially untuk mereka yang masih mencari semangat untuk belajar. Maaf atas segala kekurangan info ataupun tersalah bahasa. Diharapkan agar ini dapat memberi sedikit sebanyak bantuan kepada rakan-rakan semua, insyaAllah. Untuk pengetahuan semua, kak amalina merupakan salah seorang student yang top antara yang top untuk batch 3rd year. Jom sama-sama kita kongsi cerita kami~

Wan Atikah: Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang keluarga akak?

Kak Amalina: Nama diberi Amalina binti Abd Rahman. Dibesarkan dalam keluarga kecil iaitu 3 orang adik-beradik. Akak anak sulung dan tunggal perempuan. Sekarang menetap di Maran, Pahang. Mendapat pendidikan awal di SK Rompin dan menengah di SMK (A) Pahang Muadzam Shah. (Actually schoolmate dgn teha lotpi..^_^). Concentration (bak kata kak anum, kita x layak pun lagi nak ckp major sbb kita belajar seciput je..hehe) sekarang Optics. Hajat di hati nak Comp Math tapi mungkin Allah nak tunjuk Optic ni lagi terbaik untuk diri ini. Minor, ICT.

Wan Atikah: Adakah akak mendapat mana-mana tajaan atau biasiswa?

Kak Amalina: Mendapat tajaan BKTA di bawah KPTM.

Wan Atikah: Boleh akak kongsikan tentang bagaimana cara akak belajar atau mengulangkaji pelajaran?

Kak Amalina: Hmm... Cara belajar tu akak biasanya lebih pentingkan fokus kat dalam kelas. Banyakkan buat latihan. Perlu ingat ye, kita ni sebenarnya dah cukup besar untuk faham diri kita sendiri, contohnya cara kita belajar. Tak semestinya cara belajar orang lain ideal untuk kita, sebab ada yang lebih suka jadual hariannya fixed. Ada juga yang suka jadulnya lebih flexible. So, pada akak tak salah pun kalau kita design beberapa cara untuk study. Bila dah jumpa yang serasi, kita praktikkan. Untuk yang jenis senang nak hilang fokus bila nak study mcm akak, cuba guna masa yang kita fokus tu untuk absorb sebanyak mungkin supaya masa tu jadi berkualiti. Akak jenis yang lebih selesa untuk study selepas pukul 12 malam dan akak suka jadikan stress untuk siapkan dan fahamkan sesuatu kerja tu sebagai drive untuk lebih berusaha. Jadi, macam yang akak cakap tadi, perkara ni terpulang pada individu. Akak bukanlah yang terbaik..^_^

Wan Atikah: Bagaimana pula akak menjaga hubungan akak dengan semua tenaga pengajar atau lecturer?

Kak Amalina: Hubungan dengan lecturer tu kena jaga sebab kita tadah ilmu daripada diorang. Kalaupun ada lecturer yang friendly sekalipun kena juga selitkan kat hati yang hormat tu kena ada. Akak pun kadang-kadang terbabas juga dalam hal ni, tapi kita kena selalu betulkan balik hati kita ni.

Wan Atikah: Kalau tidak keberatan, boleh akak bagitau range CGPA akak buat masa kini? Sekadar motivasi buat kami yang masih mentah dalam bidang yang sama. Hehe. Apa rahsia kejayaan akak yang menjadikan akak salah seorang daripada top student untuk batch 3rd year?

Kak Amalina: Range CGPA 3.3 - 3.7. Ada yang lebih hebat daripada akak. Hehe. Rahsia kejayaan tu, di samping yang tadi tu, kebergantungan kita pada Allah pun penting. Restu parents dan kawan-kawan pun. Minta halalkan apa yang diorang dah kongsikan dengan kita.

Wan Atikah: Adakah akak follow study plan yang telah ditetapkan oleh department atau akak merangka study plan akak sendiri supaya sesuai dengan apa yang akak rancang?

Kak Amalina: Tentang study plan, start dari batch akak/sebelum akak, study dah fixed so takde lah banyak sangat yang boleh diperkatakan. Tapi akak pun ada susun jugak sikit-sikit study plan tu supaya dlm satu sem tu tak terbeban sangat.

Wan Atikah: Prinsip hidup akak yang akak pegang dalam menyusuri hidup ini? ^=^

Kak Amalina: Prinsip hidup banyak. Hehe. Tapi yang penting tu jangan kedekut ilmu. Tak rugi pun kalau berkongsi. Jangan malu tanya kalau tak tahu, setinggi mana pun kita belajar, still banyak lagi benda yang kita tak tahu. Jaga hubungan dengan orang yang dah kongsi ilmu dengan kita, dalam konteks ni mungkin kita selalu nampak cikgu, tapi jangan lupa mak ayah yang jadi cikgu pertama kita dan kawan-kawan yang selalu ada kat sisi kita kongsi ilmu sama-sama. Satu lagi, sentiasa cuba untuk kurang menyusahkan orang lain.

Wan Atikah: Sebelum saya undur diri, apakah kata-kata perangsang atau nasihat yang ingin akak kongsikan khusus untuk kami batch 2nd year CTS?

Kak Amalina: Nasihat untuk adik-adik dan sahabat, kembalilah semula kepada tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi Allah ni. Kita sebagai hamba dan khalifah Allah, jadi semua yang kita buat niatkan kerana Allah. Niatkan untuk nanti lepas grad ilmu ni boleh disalurkan kepada ummah. Kadang-kadang kita tersasar dalam mencari jalan yang lurus, tapi tak rugi pun kalau buat U-turn cari balik jalan yang betul. Akhirnya, our life is always about making choices. Manusia dikurniakan dgn akal dan nafsu. Jika nafsu itu dipimpin oleh akal yang berpandukan al-Quran dan Sunnah, insyaAllah akan baiklah keputusan yang dipilih. Jika nafsu itu dipimpin oleh akal yang berpandukan oleh reasoning semata-mata, maka punahlah keputusan yang dipilih. Renung-renungkan dan selamat beramal. ^_^ (Kalau dalam pesanan ni ada nasihat yang
salah, jgn segan untuk tegur ye..akak pun insan biasa..)


 
salam perkenalan sayang. ^_^
Ukhwah fillah..(akak yang kat tengah.hehe..)

By: Wan Atikah

1 comments:

Anonymous said...

go, go biro edu! ^^ nice job!